AZMIN ALI TERDESAK, CIPLAK IDEA MENTERI BESAR JOHOR

AZMIN ALI TERDESAK, CIPLAK IDEA MENTERI BESAR JOHOR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AZMIN ALI TERDESAK, CIPLAK IDEA MENTERI BESAR JOHOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AZMIN ALI TERDESAK, CIPLAK IDEA MENTERI BESAR JOHOR
link : AZMIN ALI TERDESAK, CIPLAK IDEA MENTERI BESAR JOHOR

Baca juga


AZMIN ALI TERDESAK, CIPLAK IDEA MENTERI BESAR JOHOR

Tidak tahu malu adalah frasa yang paling tepat yang boleh saya berikan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali. Ternyata Azmin Ali sudah ketandusan idea apabila beliau secara terang-terangan meniru inisiatif yang telah dibentangkan dalam Bajet Johor 2018 tempoh hari.

Persoalannya kini, siapa tiru siapa?

Terbaru, Azmin Ali telah memperkenalkan Skim Peduli Sihat Penjawat Awam Selangor. Di mana skim ini mempunyai konsep yang sama dengan Skim Perlindungan Takaful Penjawat Awam yang telah diperkenalkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin.

Malah, tidak keterlaluan jika saya menyifatkan Azmin Ali ini seorang yang tidak mempunyai pendirian yang tersendiri. Lihat sahaja, dulu beliau dengan angkuhnya memburuk-burukkan corak kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin. Tetapi hari ini sebaliknya yang terjadi, beliau tanpa segan silu menciplak idea Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin.

Secara tidak langsung juga ia menampakkan dengan jelas bahawa Azmin Ali mencemburui corak kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin yang berjaya membawa satu perubahan baharu terhadap Negeri Johor. Dalam masa yang sama juga, Azmin Ali juga dalam diam sebenarnya mengagumi segala idea bernas yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin.

Walau bagaimanapun, Skim Perlindungan Takaful Penjawat Awam jauh lebih baik dari Skim Peduli Sihat Penjawat Awam Selangor. Hal ini kerana skim ini berfungsi untuk memberikan manfaat kepada penjawat awam menikmati perkhidmatan rawatan hospital pakar KPJ. Sedangkan Skim Peduli Sihat hanya menyediakan perkhidmatan rawatan di klinik-klinik sahaja.

Tambahan lagi, Skim Perlindungan Takaful memberi pelbagai faedah besar kepada penerima. Antaranya, bayaran pampasan kematian atau kemalangan berjumlah RM20 ribu, khairat kematian berjumlah RM1 ribu kepada ahli, RM1 ribu kepada pasangan dan RM500 kepada anak dengan had maksimum kepada 3 orang anak serta pelbagai lagi faedah yang menarik boleh diperoleh oleh penerima.

Jadi saya yakin bahawa Skim Peduli Sihat tidak menawarkan faedah yang menarik seperti ini. Malah, skim tersebut juga tidak mampu bersaing dengan Skim Perlindungan Takaful yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. Lebih penting lagi, Skim Perlindungan Takaful dilihat lebih rasional dan benar-benar menjaga kepentingan serta kebajikan penjawat awam di negeri Johor.

Dhia Hani,
Persatuan Pemikir Muda Johor.


Demikianlah Artikel AZMIN ALI TERDESAK, CIPLAK IDEA MENTERI BESAR JOHOR

Sekianlah artikel AZMIN ALI TERDESAK, CIPLAK IDEA MENTERI BESAR JOHOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AZMIN ALI TERDESAK, CIPLAK IDEA MENTERI BESAR JOHOR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/azmin-ali-terdesak-ciplak-idea-menteri.html

Subscribe to receive free email updates: