Naeun takut peminat

Naeun takut peminat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Naeun takut peminat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Naeun takut peminat
link : Naeun takut peminat

Baca juga


Naeun takut peminat

Annyeonghaseyo!!! Kelakuan peminat artis K-Pop sememangnya sukar diduga apabila ada yang bertindak melakukan perkara di luar jangkaan.

Justeru itu, ramai artis terpaksa berhati-hati demi menjaga keselamatan mereka.

Menerusi program Abnormal Summit baru-baru ini, anggota Apink iaitu Naeun mendedahkan pengalamannya berdepan peminat fanatik.

“Tak salah memuja artis dan menjadikan mereka idola. Namun, apabila ada yang keterlaluan sehingga mengundang bahaya, ia akan menjejaskan nama baik peminat lain,” katanya.

Dia turut mengimbau pengalaman menakutkan dalam pesawat apabila ada peminat sanggup berhabis untuk menaiki penerbangan sama bagi mengintip Apink. Kehadiran peminat itu membataskan pergerakan mereka.

“Pernah berlaku peminat merakamkan gambar ketika kami nyenyak tidur.

“Kami juga langsung tidak boleh ke bilik air dan hanya menyorok di sebalik selimut,” katanya.

Bukan itu sahaja, keselamatan Apink di hotel juga tidak terjamin disebabkan ada peminat sanggup menceroboh privasi mereka.

Menurut Naeun, dia dan rakan-rakan perlu lebih berhati-hati menerima hadiah pemberian peminat.

Katanya, membuka hadiah yang diberikan peminat pun antara perkara paling menakutkan.

“Kadang-kadang kami buka hadiah peminat dengan perasaan ragu-ragu kerana ada yang mengandungi alat perakam serta kamera tersembunyi,” katanya.

Apapun, dia berterima kasih kepada peminat yang menggunakan pendekatan lebih berhemah.

“Ada beberapa kumpulan peminat mewujudkan program kebajikan seperti aktiviti derma darah atas nama kami,” katanya.

The post Naeun takut peminat appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Naeun takut peminat

Sekianlah artikel Naeun takut peminat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Naeun takut peminat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/naeun-takut-peminat.html

Subscribe to receive free email updates: