link : Maybank Dilantik Bank Panel PTPTN
Maybank Dilantik Bank Panel PTPTN
KUALA LUMPUR: Maybank, yang dilantik sebagai bank panel Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasar menyediakan pinjaman kepada kira-kira 60,000 mahasiswa baharu pada 2018.
Di bawah perjanjian ini, Maybank akan dapat menyediakan perkhidmatan pengeluaran pinjaman PTPTN kepada pelajar yang menuntut di universiti awam dan swasta, kata bank itu dalam satu kenyataan, Khamis.
Ketika ini, bank itu telah mendapat lima universiti di bawah pelantikan PTPTN yang mana ia akan menyediakan perkhidmatan pinjaman kepada lebih 6,000 pelajar.
Maybank yakin platform pengeluaran pinjaman PTPTN bank itu akan mendapat tarikan tahun ini memandangkan universiti-universiti semakin menerima perkhidmatan komprehensif yang ditawarkannya kepada institusi serta pelajar mereka, kata Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malaysia Datuk Hamirullah Boorhan.
Bank itu juga melancarkan lounge kampus ketujuhnya, lounge Maybank@UTP, pusat kewangan interaktif bagi mahasiswa dan komuniti kampus.
Lounge itu, yang direka khusus bagi Gen Z (generasi Z) dan pelajar alaf baharu di kampus universiti, merupakan sebahagian daripada inisiatif Maybank bagi mendedahkan generasi muda kepada kemudahan perbankan yang lancar, menumpukan kepada akses dan kemudahan bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.-Bernama
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Maybank Dilantik Bank Panel PTPTN
Sekianlah artikel Maybank Dilantik Bank Panel PTPTN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Maybank Dilantik Bank Panel PTPTN dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/maybank-dilantik-bank-panel-ptptn.html