link : Daesh Mengaku Dalangi Serangan Berdarah Di London
Daesh Mengaku Dalangi Serangan Berdarah Di London
LONDON – Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan berdarah di ibu kota London pada Ahad yang membunuh tujuh orang dan mencederakan lebih 40 yang lain.
“Pejuang Daesh yang melakukan serangan London semalam (Ahad),” kata kenyataan agensi berita rasmi organisasi pengganas itu, Aamaq, yang diketahui memang ada hubungan dan sering menjadi jurucakap kumpulan tersebut.
Mesej ringkas dalam bahasa Arab yang disiarkan pada hari kejadian tersebut bagaimanapun tidak diulas dengan lebih lanjut oleh organiasasi berita tunggal kumpulan militan tersebut yang dikatakan beroperasi secara rahsia.
Aamaq yang ditubuhkan sejak 2014 sering melaporkan berita kejayaan misi kumpulan Daesh di seluruh dunia sebagai bahan propaganda termasuk kes pengeboman di Jakarta, Indonesia menjelang Ramadan, akhir bulan lalu.
Namun serangan bunuh diri di sebuah kasino yang meragut 36 nyawa dan mencederakan 54 orang di Manila, Filipina pada Sabtu lalu bukan angkara Daesh, sebaliknya dilakukan individu kaki judi sebagai balas dendam.
Perdana Menteri Britain, Theresa May dalam pada itu menyalahkan penularan idealogi Islam yang ekstrem dan berikrar sedia bertindak keras ke atas sebarang kandungan pelampau dalam talian berleluasa di seluruh dunia.
Ia susulan kejayaan pihak polis British menahan 12 orang suspek menerusi dua serbuan secara mengejut di timur London setelah tiga orang suspek itu berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan pada hari kejadian.
Kempen pilih raya umum Britain digantung untuk hari tersebut sebagai tanda berkabung dan menghormati mangsa, yang termasuk 48 orang dirawat di hospital atas sebab kecederaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Daesh Mengaku Dalangi Serangan Berdarah Di London
Anda sekarang membaca artikel Daesh Mengaku Dalangi Serangan Berdarah Di London dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/daesh-mengaku-dalangi-serangan-berdarah.html