Guna Rak Basikal Belakang Kenderaan Salah, Kenapa?

Guna Rak Basikal Belakang Kenderaan Salah, Kenapa? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guna Rak Basikal Belakang Kenderaan Salah, Kenapa?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guna Rak Basikal Belakang Kenderaan Salah, Kenapa?
link : Guna Rak Basikal Belakang Kenderaan Salah, Kenapa?

Baca juga


Guna Rak Basikal Belakang Kenderaan Salah, Kenapa?


Memandangkan komuniti berbasikal agak aktif dan giat berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mungkin ramai yang masih belum tahu tentang satu perkara ini – mengangkut basikal menggunakan rak khusus dibahagian belakang kenderaan anda sebenarnya salah di sisi undang-undang.

Kereta dengan rak basikal seperti yang dimaksudkan ini bukan lagi perkara asing. Hampir setiap hujung minggu, tambahan pula jika ada acara-acara kayuhan seperti KL Car Free Morning anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau di mana-mana saja lokasi yang ada acara demikian, ia sangat biasa kelihatan.

Sebelum ini, kami sendiri ada mendengar tentang beberapa kes di mana pemandu yang membawa basikal di belakang ditahan oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Hampir semua kesalahan yang disabitkan adalah sama; membawa basikal dibahagian belakang kenderaan. Adakah perkara ini betul?

Ketika berkunjung ke pejabat Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk IR. HJ. Mohamad Dalib tak lama dahulu, kami sempat bertanyakan kepada beliau dan meminta penjelasan lanjut tentang perkara ini.

Memang pilihan untuk rak atau pengangkut basikal yang ditawarkan terlalu banyak, tetapi pengguna perlu mengetahui beberapa perkara sebelum membeli. “Terutama bagi kereta hatchback, jangan gantung rak berkenaan di belakang,” tegasnya.


“Ini kerana, sangat jelas akan ada beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang akan dilanggar jika anda menggunakan rak basikal di belakang. Pertama, nombor pendaftaran tidak boleh terlindung. Begitu juga dengan lampu brek ketiga, dan ini termasuklah lampu brek belakang serta lampu isyarat. Ini yang menjadi kesalahan, disebabkan penggunaan rak dibahagian belakang kenderaan,” jelas beliau.

“Ada juga pengguna yang tidak mengikat tayar dan bahagian pemegang basikal dengan ketat. Bila tayar dan rim basikal ini berpusing ketika dibawa, ia boleh mengelirukan penglihatan pengguna jalan raya yang lain. Dan kencenderungan yang membahayakan keselamatan seperti ini yang ingin kita elakkan,” tambah beliau lagi.

Jika anda didapati melakukan kesalahan ini, dengan membawa rak basikal di belakang dan ia menyebabkan lampu dan nombor pendaftaran terlindung, maka pegawai JPJ berhak mengeluarkan saman serta-merta. Sudahnya, rak basikal yang bagaimana yang dibenarkan?

“Untuk mengangkut basikal tanpa melanggar sebarang undang-undang, pengguna boleh gunakan rak basikal dibahagian bumbung. Gunalah dari jenis yang bagaimana sekali pun, asalkan ia diletakkan di atas bumbung kenderaan, itu tidak akan menjadi masalah dan JPJ tidak akan mengganggu, kerana ia tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti yang dinyatakan itu,” ujarnya lagi.

Jika anda ragu-ragu atau pernah mendengar desas-desus tentang perkara ini serta tidak dapat untuk memahami mengapa ia menjadi satu kesalahan di jalan raya, diharap huraian ringkas ini dapat menjawab keraguan yang timbul berkaitannya. - Paultan
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guna Rak Basikal Belakang Kenderaan Salah, Kenapa?

Sekianlah artikel Guna Rak Basikal Belakang Kenderaan Salah, Kenapa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guna Rak Basikal Belakang Kenderaan Salah, Kenapa? dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/guna-rak-basikal-belakang-kenderaan.html

Subscribe to receive free email updates: