link : Hubungan Dagang: Sabah Hati-hati Dengan Filipina
Hubungan Dagang: Sabah Hati-hati Dengan Filipina
SEMPORNA - Sabah mengambil pendekatan berhati-hati dalam melaksanakan hubungan dagang dengan Filipina berikutan perkembangan keselamatan di negara jiran itu sejak kebelakangan ini, kata Pembantu Menteri Kewangan negeri Datuk Ramlee Marahaban.
Beliau berkata aspek keselamatan menjadi keutamaan kerajaan dalam hubungan ekonomi dan pada masa sama turut mahu menjaga hubungan baik negara dan Filipina.
"Kita berhati-hati dalam hubungan dagang dan sentiasa memantau perkembangan semasa di Filipina dengan insiden pertempuran pasukan keselamatan Filipina dengan militan Daesh di Marawi, Mindanao serta terbaru kejadian tembakan di Manila ," katanya.
Ramlee yang juga Adun Bugaya berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan Ramadan kepada kira-kira 1,000 golongan asnaf dan ibu tunggal di sekitar Zon Bugaya di Dewan Kampung Seraya, di sini.
Beliau berkata ekoran ancaman keselamatan di sempadan perairan negara meliputi kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dan selatan Filipina itu menyebabkan sehingga kini sistem 'barter trade' atau pertukaran barang masih dibekukan.
"Sistem barter trade yang dijalankan sebelum ini merupakan atas dasar persefahaman hubungan dua hala Malaysia-Filipina, di mana kita memberikan bantuan sumber asas melalui pertukaran barangan termasuk beras, minyak dan tepung tetapi kita bekukan sejak tahun lalu sebagai langkah berhati-hati," katanya.
Beliau berkata penarikan balik pembekuan sistem itu akan ditentukan mengikut keadaan keselamatan. - Bernama
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Hubungan Dagang: Sabah Hati-hati Dengan Filipina
Sekianlah artikel Hubungan Dagang: Sabah Hati-hati Dengan Filipina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hubungan Dagang: Sabah Hati-hati Dengan Filipina dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/hubungan-dagang-sabah-hati-hati-dengan.html