Kalau Bukan Bantuan Bapa Najib, Mahathir Tidak Akan Jadi PM Ke-4

Kalau Bukan Bantuan Bapa Najib, Mahathir Tidak Akan Jadi PM Ke-4 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau Bukan Bantuan Bapa Najib, Mahathir Tidak Akan Jadi PM Ke-4, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalau Bukan Bantuan Bapa Najib, Mahathir Tidak Akan Jadi PM Ke-4
link : Kalau Bukan Bantuan Bapa Najib, Mahathir Tidak Akan Jadi PM Ke-4

Baca juga


Kalau Bukan Bantuan Bapa Najib, Mahathir Tidak Akan Jadi PM Ke-4

Baru baru ini, Mahathir gila hendak jadi PM semula. Menjadi PM buat kali ke 7. Itulah apa yang Mahathir akui dalam Facebook ketika diwawancara pada 1 Jun 2017.

Mukhriz sifatkan bapa dia buat lawak sahaja. Bukan buat lawak lagi, dan Mukhriz usahlah pura pura tidak tahu. Itulah sebenarnya niat "pak dia". Nak "muhung apa lagi aihh". Benda memang "betui" pun.

Mahathir memang lupa. Dia lupa siapa yang bawa dia balik masuk dalam UMNO. Siapa yang selamatkan dia waktu dia dicabar dengan begitu hebat dalam UMNO. Najib dan Tun Razak yang tolong dia. Kalau tidak, jangan mimpilah Mahathir jadi PM yang ke 4.

Siapa yang membawa semula Mahathir ke dalam UMNO sehingga dia naik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling lama? Tun Razak (bapa Najib) yang membawa semula Tun Mahathir dalam UMNO pada 7 Mac 1972.

Pada mulanya, menurut Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rawang (1972), Usuluddin Jamil, Mahathir mahu menjadi ahli UMNO Bahagian Rawang. Namun akhirnya masuk sebagai ahli di UMNO Cawangan Kota Sarang Semut, Bahagian Kota Setar pada tahun 1972.

Mahathir terus dilantik sebagai senator pada 1973. Kemudian menang tanpa bertanding sebagai ahli parlimen Kubang Pasu pada 1974.

Daripada bukan ahli UMNO pada 1972,  Mahathir terus melompat naik dan menang kerusi Naib Presiden UMNO pada 1975.

Dalam masa 3 tahun sahaja. Sesuatu yang sukar berlaku pada zaman sekarang. Seorang ahli UMNO biasa sahaja boleh buat “fast track” dan menduduki kerusi penting Naib Presiden UMNO.

Dalam masa 4 tahun, Mahathir diangkat menjadi orang no 2 iaitu Timbalan Perdana Menteri. Diangkat dan dibawa naik oleh bapa Dato Seri Najib dan bapa Dato Seri Hishammudin Hussein.

Bertuah Mahathir kerana diangkat dan dibawa naik begitu, belum tentu keistimewaan yang sama boleh dilakukan oleh mana mana pemimpin UMNO pada hari ini.

Kalau bukan jasa Tun Razak yang membawa masuk Mahathir balik semula ke dalam UMNO, Mahathir tentu tidak akan jadi PM yang keempat.

Bantuan Najib Menangkan Mahathir

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Dato Seri Najib telah membantu Mahathir untuk mengekalkan kedudukan sebagai Presiden UMNO pada 1987.

Pada 24 April 1987, Mahathir telah dicabar sebagai Presiden UMNO buat pertama kalinya selepas dipilih selama 12 tahun dalam pelbagai jawatan dalam UMNO secara  tanpa bertanding.

Ianya sesuatu yang mencabar buat Mahathir kerana pencabarnya pada waktu itu adalah Tengku Razaleigh Hamzah (bekas Menteri Kewangan), Tun Musa Hitam (Timbalan Perdana Menteri) dan Datuk Suhaimi Kamaruddin (bekas Ketua Pemuda UMNO dan Presiden Belia 4B). Kem Ku Li yang berada di Hotel Regent lebih kuat dari Mahathir.

Pada waktu itu, Dato Seri Najib adalah pemangku jawatan Ketua Pemuda UMNO bila Anwar Ibrahim melepaskan jawatan untuk bertanding Naib Presiden UMNO.

Mahathir hanya menang 43 undi sahaja. Tengku Razaleigh dapat 718 undi berbanding Mahathir mendapat 761 undi. Daripada mana mana 43 undi itu datang?

Menurut sumber sumber orang lama, undi itu datangnya daripada Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Dato Seri Najib pada waktu itu.

Kira kira 11 jam lagi sebelum hari pengundian pada 24 April 1987, Dato Seri Najib hadir di Hotel Hilton untuk menyelamatkan Mahathir.

Mahathir sudah lupa dah perkara ini. "Ali pergi cari Najib cepat" ini ayat yang Mahathir cakap pada Ketua Pengawal Peribadinya, Pak Ali. Najib akhirnya datang bersama Dr Tiagu ke Hilton untuk bersama kem Mahathir.

Ini bermakna, jika tidak mendapat pertolongan 43 undi tersebut, sudah tentu karier politik Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan bertahan selama 6 tahun sahaja (1981 – 1987).

UMNO berada dalam krisis yang cukup meruncing ketika Mahathir menjadi Presiden. Lebih ramai yang keluar parti pada waktu itu dan sertai Semangat 46. Ahli Semangat 46 pada masa itu lagi ramai dan kuat dari ahli PPBM sekarang.

Jumaat lepas genaplah 40 hari Jumaat kelulusan parti PPBM. Maka ditakdirkan Allah SWT juga, pada hari Khamis, 1 Jun 2017, Mahathir akhirnya menyatakan apa niat sebenarnya buat parti PPBM.

Hanya untuk mendapatkan kuasa kembali dan mahu menjadi PM kembali. Mahathir tahu dia tidak akan mampu kekal lama kalau jadi PM sekalipun. Kalau pun jadi, situasinya berbeza kerana parti Mahathir itu dikuasai majoritinya oleh DAP.

Jadi kabinet itu sudah tentu ramai orang DAP. Kenapa Mahathir sampai hati mengkhianati bangsa sendiri untuk beri DAP tempat di Putrajaya? Ingatlah sama siapa yang bagi laluan Mahathir jadi PM ke 4 dulu.

Jangan mudah lupa pada jasa bapa Dato Seri Najib, dan juga pengorbanan Dato Seri Najib dulu. Namun, bagai mencurah air di daun keladi, apa guna menasihati orang yang sudah sanggup khianat bangsa sendiri.

Kuasa penting bagi Mahathir untuk menerus legasi dan kepentingan tersembunyi kroni kroninya. Bangsa tolak ketepi, yang penting legasi, kroni dan anak sendiri.

Tulisan :
Beruang Biru
BB454, Isnin
5 Jun 2017
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kalau Bukan Bantuan Bapa Najib, Mahathir Tidak Akan Jadi PM Ke-4

Sekianlah artikel Kalau Bukan Bantuan Bapa Najib, Mahathir Tidak Akan Jadi PM Ke-4 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kalau Bukan Bantuan Bapa Najib, Mahathir Tidak Akan Jadi PM Ke-4 dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kalau-bukan-bantuan-bapa-najib-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates: