link : Kenyataan Mattis Berhubung Laut China Selatan Ada 'Niat Tersirat' - China
Kenyataan Mattis Berhubung Laut China Selatan Ada 'Niat Tersirat' - China
SHANGHAI: China melahirkan rasa ketidakpuasan hati negara itu terhadap apa yang disifatkan sebagai ‘kenyataan tidak bertanggungjawab’ berhubung status Laut China Selatan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis dalam satu forum pertahanan hujung minggu lalu.
Mattis dalam satu kenyataan yang dibuat pada forum pertahanan Shangri-La Dialogue yang diadakan di Singapura berkata China telah menghina kepentingan negara lain dan mengenepikan undang-undang antarabangsa.
Mattis berkata pembinaan struktur dan tapak tentera di pulau buatan oleh China di Laut China Selatan telah menjejaskan kestabilan serantau.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam reaksinya berkata pembinaan kemudahan di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan adalah bagi meningkatkan suasana kerja bagi mereka yang ditugaskan di sana, mengekalkan kedaulatan dan memenuhi tanggungjawab antarabangsa negara itu.
Aktiviti atas nama kedaulatan yang dilakukan oleh China katanya tiada kena mengena dengan ketenteraan, kata Hua dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu di laman web pada Ahad.
China sebelum ini berkata kawasan sekitar kepulauan di Laut China Selatan adalah miliknya yang menyaksikanl laluan itu digunakan untuk perdagangan lebih AS$5 trilion setiap tahun.
Namun ia turut dituntut oleh negara Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam selain Jepun.
Hua turut berkata, negara-negara di sekitar Laut China Selatan sedang berusaha mengurangkan ketegangan namun pihak di luar rantau itu “telah berusaha menongkah arus, dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak enak, mengenepikan fakta dan tidak tahu membezakan antara hitam dan putih selain mempunyai niat tersirat.” - Awani
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kenyataan Mattis Berhubung Laut China Selatan Ada 'Niat Tersirat' - China
Sekianlah artikel Kenyataan Mattis Berhubung Laut China Selatan Ada 'Niat Tersirat' - China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenyataan Mattis Berhubung Laut China Selatan Ada 'Niat Tersirat' - China dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kenyataan-mattis-berhubung-laut-china_5.html