link : Konsert Amal, kegembiraan dalam kesakitan
Konsert Amal, kegembiraan dalam kesakitan
WALAUPUN lukanya masih terasa namun dengan adanya Konsert Amal ‘One Love Manchester’ yang bertujuan mengingati mangsa-mangsa di konsert Ariana Grande, 22 Mei lalu nyata menyembuhkan hati peminat muzik lapor BBC.
Konsert tersebut diadakan di Manchester Arena malam semalam dengan pengawalan polis yang ketat bagi memastikan keselamatan peminat yang hadir.
Peminat-peminat memakai baju ‘I heart MCR’.
Penyanyi Ariana Grande yang merupakan teraju utama konsert tersebut sempat memberikan ucapan semangat kepada 50, 000 peminat yang hadir.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana hadir pada malam ini dan juga anda semua begitu penyayang, tabah dan bersatu-padu.
“Saya sayangkan anda semua dan merasakan semua perasaan cinta dan perpaduan yang ditunjukkan saat ini adalah ubat yang dunia perlukan sekarang,”katanya.
Turut membuat persembahan pada konsert itu merupakan nama-nama besar dalam industri muzik seperti Miley Cyrus, Black Eyes Peas, Katy Pery, Coldplay, Robbie Williams, Liam Galagher dan Justin Bieber.
Rata-rata peminat turut memakai t-shirt ‘One Love Manchester’atau ‘I heart MCR’ataupun pelekat #WeStandTogether pada malam konsert menunjukkan sokongan mereka.
Penganjur mengesahkan kutipan pada malam itu berjumlah £2 juta (RM10,890) yang akan diberikan kepada keluarga mangsa serangan Manchester sebelum ini.
Grande turut menyanyikan lagu-lagu hit beliau termasuklah lagu ‘One Last Time’ bersama dengan para artis lain sebelum menyanyikan lagu terakhir yang menyentuh hati peminat iaitu, ‘over the rainbow’.
The post Konsert Amal, kegembiraan dalam kesakitan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Konsert Amal, kegembiraan dalam kesakitan
Anda sekarang membaca artikel Konsert Amal, kegembiraan dalam kesakitan dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/konsert-amal-kegembiraan-dalam-kesakitan.html