link : Lebih Seminggu Tangkap Ikan Di Perairan Sarawak
Lebih Seminggu Tangkap Ikan Di Perairan Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak tahan dua bot Vietnam dan merampas 2,000 kilogram ikan di kedudukan 120 batu nautika Tanjung Poh, Kuching, 31 Mei lalu.
Pengarah Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata, bot berkenaan ditahan kira-kira 10.40 pagi ketika berlegar untuk menangkap ikan menggunakan pukat rawai.
Menurutnya, APMM juga menahan 15 warga Vietnam berusia antara 19 hingga 45 tahun yang bekerja sebagai tekong dan krew bot berkenaan dan tidak menolak kemungkinan bot berkenaan sudah lebih seminggu menangkap ikan di perairan Sarawak.
"APMM percaya tangkapan hasil laut oleh bot yang ditahan itu dipindahkan ke kapal induk," katanya pada sidang media di Jeti APMM di Muara Tebas, Kuching, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menganggarkan jumlah rampasan bernilai lebih RM500,000.
Katanya, ketika operasi, beberapa kapal dan bot Vietnam melarikan diri memasuki perairan antarabangsa selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.
"Kekurangan aset seperti kapal peronda menyebabkan APMM tidak dapat menghalang kemasukan secara menyeluruh kapal dan bot nelayan asing ke perairan negara.
"APMM meminta nelayan tempatan yang terserempak dengan kapal atau bot nelayan asing supaya mengambil gambar seterusnya menyalurkan maklumat kepada kami bagi membolehkan tindakan lanjut diambil," katanya.-myMetro
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Lebih Seminggu Tangkap Ikan Di Perairan Sarawak
Sekianlah artikel Lebih Seminggu Tangkap Ikan Di Perairan Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lebih Seminggu Tangkap Ikan Di Perairan Sarawak dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/lebih-seminggu-tangkap-ikan-di-perairan.html