link : Menangi Perang Ideologi Untuk Tangani Keganasan - PM
Menangi Perang Ideologi Untuk Tangani Keganasan - PM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ancaman keganasan tidak cukup ditangani dengan tindakan polis dan ketenteraan semata-mata kerana pemikiran ideologi mereka yang terpesong perlu juga dimenangi.
Perdana Menteri berkata, pemahaman mengenai ajaran Islam yang sebenar perlu diterapkan kepada masyarakat agar mereka tidak terpedaya dengan kegiatan keganasan.
Menurut, berdasarkan serangan-serangan keganasan yang berlaku di Kabul, Aghanistan; London dan Manchester di United Kingdom; Marawi, Filipina dan Jakarta, Indonesia, ancaman keganasan tidak boleh dipandang remeh di negara ini.
“Kita hendak perangi ancaman keganasan ini bukan hanya dengan alat dan bala tentera dan polis serta kuasa penangkapan, tetapi lebih kepada memenangi perang ideologi.
“Ini untuk mereka memahami apakah Islam yang sebenar dan apakah tuntutan Islam kepada kita (masyarakat Islam),” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dilantik sebagai Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri pada bulan April lalu.
Dalam pada itu, Najib berkata, momentum ekonomi negara yang semakin berkembang perlu ditingkatkan lagi untuk mencapai prestasi lebih membanggakan.
Katanya, kejayaan Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini merupakan pencapaian yang luar biasa dan momentum itu perlu diteruskan
- UTUSAN ONLINE
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Menangi Perang Ideologi Untuk Tangani Keganasan - PM
Sekianlah artikel Menangi Perang Ideologi Untuk Tangani Keganasan - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menangi Perang Ideologi Untuk Tangani Keganasan - PM dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/menangi-perang-ideologi-untuk-tangani.html