link : Nabil Ahmad Dan Isteri Bakal Tunai Umrah Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan
Nabil Ahmad Dan Isteri Bakal Tunai Umrah Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan
Tahun ini pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berpeluang sekali lagi untuk menjejakkan kaki ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah dan kali ini isterinya, Zira turut menyertainya buat kali pertama. Untuk Nabil pula, ia merupakan kali keempat beliau ke Tanah Suci.
Lebih menarik, mereka berdua dapat beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.
Tiga kali saya buat Umrah sebelum ini pun rezeki saya dapat pergi pada 10 malam terakhir Ramadan dan Alhamdulillah tahun ini pun sekali lagi dapat peluang sama. Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata bila tiba ke tanah suci dan rasanya siapa yang pernah ke sana pasti faham perasaan saya. Apa yang boleh saya katakan memang rasa gian nak ke sana setiap tahun.
Tahun lepas memang saya pernah bawa isteri ke sana tetapi bukan untuk menunaikan umrah semata-mata, sebaliknya turut menjalani penggambaran program Perjalanan Haji Nabil. Jadi tahun ini jadi lebih istimewa kerana kami berdua ke sana untuk tunaikan Umrah tanpa terlibat dengan mana-mana program.
Walaubagaimanapun, Nabil tidak membawa anak mereka bersama kerana bimbang dengan keselamatan dua orang anaknya yang masih kecil memandangkan jemaah di waktu itu agak ramai.
Kami mendoakan agar perjalanan Nabil dan isteri untuk menunaikan ibadah umrah nanti berjalan lancar dan dipermudahkan. InshaAllah.
Sumber Berita : Astro Gempak
Sumber: Beautifulnara
Similar posts
Demikianlah Artikel Nabil Ahmad Dan Isteri Bakal Tunai Umrah Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan
Anda sekarang membaca artikel Nabil Ahmad Dan Isteri Bakal Tunai Umrah Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/nabil-ahmad-dan-isteri-bakal-tunai.html