link : Najib perlu jawab dakwaan Sarawak Report
Najib perlu jawab dakwaan Sarawak Report
Dakwaan Sarawak Report berkenaan wang sebanyak RM9.5 juta dari syarikat SRC International disalurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke dalam akaun peribadi peguam, Tan Sri Shafee Abdullah amatlah berat dan menimbulkan pelbagai persoalan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sehingga hari ini, Najib mahupun Shafee hanya berdiam dan tidak menjawab dakwaan tersebut.
“Tanpa jawapan jelas dan tepat dari Najib, dakwaan ini menimbulkan tanda tanya. Apakah dana ini berkait kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim? Apakah ada mana-mana individu berkait dengan kes yang menerima wang dari Najib sama seperti yang diterima Shafee.
“Setakat ini, rakyat hanya mendengar alasan remeh yang diberikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Katanya, alasan itu tidak memadai kerana isu utama iaitu mengapa dana dari SRC International boleh berada di dalam akaun peribadi Shafee dan mengapa ia dipindahkan, tidak berjawab.
“Dakwaan ini jelas menimbulkan persoalan sama ada Najib telah melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA 2014),” katanya.
Menurut Azizah, isu tersebut akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan 9 Jun ini, termasuk langkah-langkah perundangan yang boleh diambil untuk memastikan kebenarannya.
The post Najib perlu jawab dakwaan Sarawak Report appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Najib perlu jawab dakwaan Sarawak Report
Anda sekarang membaca artikel Najib perlu jawab dakwaan Sarawak Report dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/najib-perlu-jawab-dakwaan-sarawak-report.html