Pandai-pandai je nak hukum suspek

Pandai-pandai je nak hukum suspek - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pandai-pandai je nak hukum suspek, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pandai-pandai je nak hukum suspek
link : Pandai-pandai je nak hukum suspek

Baca juga


Pandai-pandai je nak hukum suspek

KUALA LUMPUR - Lelaki berusia lingkungan lewat 40-an yang didakwa mencuri telefon bimbit cedera di kepala dibelasah oleh sekumpulan lelaki di Taman Maluri, Cheras. 
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.40 petang semalam di depan Hotel Dragon Inn, suspek dibelasah sekumpulan lelaki dengan playar, batang besi sebelum diikat pada kereta dan cuba mengheretnya ke balai polis. 
Menurut saksi, kejadian itu amat menakutkan sehingga orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terpaksa menghubungi pihak polis untuk menghalang tindakan sekumpulan lelaki itu. 
"Saya terdengar bunyi orang bergaduh di depan apartmen yang saya jangka ia sudah berlaku 30 minit awal sebelum saya mula merakam video ini. 
"Kelihatan sekumpulan lelaki membelasah seorang lelaki dengan playar dan batang besi. Saya percaya lelaki itu menginap di Hotel Dragon Inn dan mahu masuk ke dalam. Namun dihalang sekumpulan lelaki itu. 
"Beberapa orang di sekeliling saya kemudian menghubungi pihak polis yang datang ke lokasi kejadian 30 minit kemudian. 
"Bila kami menjerit pada lelaki yang cuba mengikat dan mengheret mangsa dengan keretanya, mereka kata lelaki itu patut mati kerana telah mencuri telefon mereka. Selain itu, mereka juga meminta orang ramai tidak campur tangan.
"Mujur ada seorang lelaki yang berani menghalang dan menenangkan mereka sebelum polis tiba di lokasi kejadian," katanya. 

Sebaik saja polis tiba, saksi ternampak salah seorang lelaki menyembunyikan tali yang digunakan itu dan terus beredar meninggalkan tempat itu.
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pandai-pandai je nak hukum suspek

Sekianlah artikel Pandai-pandai je nak hukum suspek kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pandai-pandai je nak hukum suspek dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pandai-pandai-je-nak-hukum-suspek.html

Subscribe to receive free email updates: