link : PAS Johor Tanding Kerusi Terbanyak Pada PRU14
PAS Johor Tanding Kerusi Terbanyak Pada PRU14
JOHOR BAHRU – PAS Johor mengisytiharkan untuk bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Pesuruhjayanya, Abdullah Hussin berkata keputusan itu sekaligus mencipta sejarah kerana bertanding kerusi terbanyak sepanjang PRU14 berbanding PRU13.
“Kita telah buat perbincangan untuk bertanding sebanyak itu di kerusi Parlimen dan DUN, sekali gus mencipta sejarah kerana bertanding kerusi terbanyak sepanjang PRU berbanding lapan kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN pada PRU lepas.
“Calon-calon yang akan bertanding pula terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional, aktivis masyarakat dan sebagainya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Namun katanya, senarai kerusi yang disasarkan serta calon yang akan bertanding pada PRU14 bagi negeri itu tidak akan didedahkan.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan persediaan PAS Johor untuk menghadapi PRU 14 yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.
“Kita sedar, apabila bersendirian, kita kena usaha lebih kuat dan persediaan semaksimum telah dilakukan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel PAS Johor Tanding Kerusi Terbanyak Pada PRU14
Anda sekarang membaca artikel PAS Johor Tanding Kerusi Terbanyak Pada PRU14 dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pas-johor-tanding-kerusi-terbanyak-pada.html