PAS Johor tunjuk taring... umum bertanding 2/3 kerusi Parlimen dan DUN

PAS Johor tunjuk taring... umum bertanding 2/3 kerusi Parlimen dan DUN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Johor tunjuk taring... umum bertanding 2/3 kerusi Parlimen dan DUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Johor tunjuk taring... umum bertanding 2/3 kerusi Parlimen dan DUN
link : PAS Johor tunjuk taring... umum bertanding 2/3 kerusi Parlimen dan DUN

Baca juga


PAS Johor tunjuk taring... umum bertanding 2/3 kerusi Parlimen dan DUN

Walaupun tanpa Pakatan Harapan... PAS Johor sudah bulat tekad untuk bertanding dua pertiga kerusi Parlimen dan DUN di negeri tersebut.

Mereka menyasarkan untuk bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Hussin, berkata jumlah itu sekali gus mencatat rekod jumlah kerusi paling tinggi dalam sejarah ditandingi PAS di negeri itu.

Katanya, empat kerusi DUN iaitu Sungai Abong, Maharani, Puteri Wangsa termasuk Parit Yaani yang sebelum ini dimenangi atas tiket PAS, tetapi kini dipegang Parti Amanah Negara (PAN) akan tetap dipertahankan oleh parti itu pada PRU14.

Secara keseluruhan, Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 DUN.

"Walaupun kali ini (PRU14) PAS bersendirian, tidak bermakna kita akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Johor kerana kita ada perkiraan dan pertimbangan tersendiri.

"Dari segi calon pula kita ketengahkan semua tidak kira muda dan tua selain terdiri dari pelbagai latar belakang sama ada ulama, profesional dan aktivis masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan dan penerimaan tugas di Pejabat PAS Johor di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Roslan Nikmat dan Khairul Faizi Ahmad Kamil merangkap Penolong Setiausaha Agung PAS.

Abdullah berkata, PAS Johor yakin dapat mempertahankan kerusi yang sedia dimenangi parti itu selain menambah bilangan kerusi sekurang-kurangnya lapan kerusi.

"Segala perancangan kita akur pada arahan pusat, cuma apabila kita bersendirian pendekatan yang kita lakukan di Johor adalah melipat gandakan usaha dan kerja lebih kuat untuk memenangi hati rakyat," katanya.

Pada PRU ke-13 yang lalu, PAS Johor yang ketika itu bersama Pakatan Harapan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 31 DUN.


Demikianlah Artikel PAS Johor tunjuk taring... umum bertanding 2/3 kerusi Parlimen dan DUN

Sekianlah artikel PAS Johor tunjuk taring... umum bertanding 2/3 kerusi Parlimen dan DUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Johor tunjuk taring... umum bertanding 2/3 kerusi Parlimen dan DUN dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pas-johor-tunjuk-taring-umum-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates: