link : Penuh Beg Plastik Curi Duit Tabung Masjid
Penuh Beg Plastik Curi Duit Tabung Masjid
SEKALI pandang, pasti ada yang menganggap lelaki berkopiah ini salah seorang jemaah masjid tetapi rupanya pencuri yang sedang menunggu peluang untuk ‘rembat duit dalam tabung masjid.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki sedang mencungkil peti besi di sebuah masjid yang dipercayai Masjid Al-Furqan, Simpang 4 Chendering, Kuala Terengganu.
Dengan lagak seperti pencuri profesional, lelaki di dalam visual berkenaan dilihat melarikan sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam bag plastik.
Dalam rakaman tersebut dapat dilihat suspek menggunakan dawai besi, lampu suluh untuk membuka peti besi yang mengandungi wang sumbangan orang ramai.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semalam tengah hari kira-kira jam 12.08 tengah hari.
Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada suspek sudah dikenal pasti atau sebaliknya, namun satu laporan polis sudah dibuat untuk tindakan selanjutnya. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Penuh Beg Plastik Curi Duit Tabung Masjid
Anda sekarang membaca artikel Penuh Beg Plastik Curi Duit Tabung Masjid dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/penuh-beg-plastik-curi-duit-tabung.html