Pertumbuhan Global Diunjur 2.7 Peratus Tahun Ini

Pertumbuhan Global Diunjur 2.7 Peratus Tahun Ini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertumbuhan Global Diunjur 2.7 Peratus Tahun Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertumbuhan Global Diunjur 2.7 Peratus Tahun Ini
link : Pertumbuhan Global Diunjur 2.7 Peratus Tahun Ini

Baca juga


Pertumbuhan Global Diunjur 2.7 Peratus Tahun Ini


WASHINGTON: Bank Dunia mengekalkan unjuran pertumbuhan global akan meningkat kepada 2.7 peratus tahun ini, dipacu menerusi sektor pembuatan dan perdagangan, keyakinan pasaran yang bertambah baik dan pemulihan dalam harga komoditi.

Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan global meningkat sebanyak 2.7 peratus tahun ini, berbanding jangkaan 2.4 peratus pada 2016.

Bank itu berkata, negara maju menunjukkan prestasi peningkatan terutama bagi Jepun dan Eropah, manakala tujuh pasaran baharu muncul terbesar iaitu China, Brazil, Mexico, India, Indonesia, Turki dan Russia sekali lagi membantu memacu pertumbuhan global.

"Dengan pemulihan yang agak rapuh tetapi sedang diusahakan, setiap negara perlu mengambil peluang berkenaan untuk melaksanakan pembaharuan institusi dan pasaran yang mana boleh menarik pelaburan swasta bagi membantu mengekalkan pertumbuhan dalam jangka panjang," kata Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim dalam satu kenyataan.

Bank Dunia meningkatkan unjuran pertumbuhan 2017 bagi Jepun iaitu sebanyak 0.6 mata peratus sejak Januari kepada 1.5 peratus, manakala unjuran bagi zon euro meningkat sebanyak 0.2 mata peratus kepada 1.7 peratus.

Bagi kedua-dua kes itu, peningkatan dalam eksport dan pengurangan kewangan konvensional membantu kepada pertumbuhan.

Bank Dunia juga berkata, pertumbuhan Amerika Syarikat (AS) juga bertambah baik tetapi kurang 0.1 mata peratusan daripada unjuran untuk 2017, kepada 2.1 peratus selepas pertumbuhan yang lemah pada awal tahunnya yang disebabkan penarikan semula harga dalam perbelanjaan pengguna, yang dilihat sebagai sementara.

Ia meningkatkan sedikit unjuran bagi pertumbuhan AS pada 2018, kepada 2.2 peratus. - Reuters
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pertumbuhan Global Diunjur 2.7 Peratus Tahun Ini

Sekianlah artikel Pertumbuhan Global Diunjur 2.7 Peratus Tahun Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertumbuhan Global Diunjur 2.7 Peratus Tahun Ini dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pertumbuhan-global-diunjur-27-peratus.html

Subscribe to receive free email updates: