Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai

Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai
link : Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai

Baca juga


Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai

PRETORIA – Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma, menafikan laporan media tempatan kononnya beliau memiliki sebuah “istana” di Emiriah Arab Bersatu yang dibeli sebuah keluarga berpengaruh di negara teluk kaya-raya itu, menurut kenyataan pejabat Presiden.

Tuduhan rasuah berkenaan susulan terbongkarnya ribuan dokumen dan e-mel pada minggu lalu, sehari selepas beliau terselamat daripada undi tidak percaya pemimpin tertinggi partinya sendiri dan sekaligus memberikan lebih tekanan terhadap skandal yang membelenggunya.

Akhbar Sunday Times Afrika Selatan, melaporkan beberapa sumber memberitahu bahawa keluarga Gupta dikatakan membeli sebuah kediaman mewah berharga 330 juta rand ($25 juta), terletak di pinggir bandar Dubai untuk kegunaan selepas persaraan.

Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak menyatakan nama sumber namun difahamkan sumber adalah dalam kalangan mereka yang rapat dengan Zuma termasuk ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kanan Kongres Kebangsaan Afrika.

Keluarga Gupta yang mempunyai kontrak perniagaan dengan syarikat milik Afrika Selatan, menerusi jurucakapnya turut menyangkal semua dakwaan yang dilemparkan terhadap keluarga ahli perniagaan kaya-raya kelahiran India itu.

“Presiden Zuma tidak memiliki apa-apa harta di luar Afrika Selatan dan tidak meminta sesiapa membelikan harta di luar negara untuk beliau,” menurut kenyataan pejabat Presiden dan menyifatkan laporan memiliki “istana” di Dubai adalah rekaan semata-mata.

Jelas kenyatan itu lagi, Presiden juga tidak menerima atau melihat sebarang e-mel sebagaimana yang dilaporkan.- BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai

Sekianlah artikel Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Presiden Afrika Selatan Nafi Miliki ‘Istana’ Di Dubai dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/presiden-afrika-selatan-nafi-miliki.html

Subscribe to receive free email updates: