PRU14: Jangan tunggu lama-lama... - Tajuddin

PRU14: Jangan tunggu lama-lama... - Tajuddin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Jangan tunggu lama-lama... - Tajuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Jangan tunggu lama-lama... - Tajuddin
link : PRU14: Jangan tunggu lama-lama... - Tajuddin

Baca juga


PRU14: Jangan tunggu lama-lama... - Tajuddin

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mencadangkan perlunya pilihan raya umum ke 14 (PRU-14) diadakan segera mengambil kira keadaan perkembangan politik membabitkan parti-parti- pembangkang.

Katanya suasana memihak kepada Barisan Nasional (BN)  jika PRU ke14 dibuat dalam masa terdekat berikutan krisis dalaman  yang berlaku dalam kalangan Pakatan Harapan ketika ini.

Namun demikian beliau berkata terpulang kepada kuasa Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang akan membuat pernilaian keadaan suasana yang berlaku dalam negara bila masanya sesuai untuk diadakan pilihanraya.

``Tapi kalau ditanya pada saya… jangan tunggu lama-lama… jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang... sebab dia orang ni ya macam-macam cara dia nak ambil (kuasa).

``Dia nak kahwin anak kia , (tapi )kita  tak bagi, macam-macam cara dia (boleh buat) seperti dia bawa larilah ;itu lah yang bernikah di Thailand tu.

``Jadi dalam politik dia (Pakatan Harapan ) cuba berbagai-bagai cara... mak bapak tak jangka anak dia nak kena kawin lari... jadi sekarang ni kita dah tengok keadaannya begitu dia orangpun dah kelamkabut, huru-hara dan sebagainya.

“Takut nanti kalau tunggu lama-lama dia orang bersatu balik... puak-puak ini pun bukan boleh percaya… . hari ini bersatu besok berpecah lusa bersatu balik,’’katanya.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Ahli Parlimen Pasir Salak di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Salak di Chenderong Balai  pada Sabtu.

Mengambil kira segala faktor di sekeliling, beliau berpendapat “masa diadakan pilihanraya sekarang ni sesuai . . .  ini merupakan masa yang sesuai dikala berlakunya keserabutan dalam Pakatan Harapan.”

``Maknanya apabila kita hendak score, score masa yang sesuailahkan, dia tengah leka-leka masa tulah kita sepak bola masuk gol.. so jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang,’’ katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hu ha pembangkang menamakan calon Perdana Menteri, Ketua UMNO bahagian Pasir Salak itu berkata pembangkang kena menang (pilihanraya) terlebih dulu bagi mengkualifi (melayakkan) ke jawatan itu.”

``Nak jadi pemimpin kena menang dululah..menangpun belum ..cakap nak jadi PM..boleh menang ke?,’’ujarnya.

Katanya, apa yang penting ketika ini ahli-ahli dan pemimpin UMNO usah mengambil peduli isu jawatan siapa PM yang sedang  berlaku dalam Pakatan Harapan hari ini sebaliknya perlu menunjukkan kekuatan parti dalam memastikan BN menang dalam PRUke-14 nanti.  

``Dia orang tak usah kecohlah pasal nak jadi PM lah itu lah inilah... lawan dululah... biarlah dia terlalu yakin itu hak dia.”

``Pada saya lantak depa..saya ni lain sikit daripada orang lain saya tidak berasa bergembira dengan kesusahan atau permasalahan orang lain..itu prinsip saya, saya hendak menang bukan kerana orang lemah... saya nak menang kerana saya kuat.

Beliau turut menegaskan bahawa ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak digalakkan supaya sentiasa selesa diatas keributan dan krisis dalam Pakatan Harapan ketika ini.

``Kita tidak mahu galakkan ahli-ahli UMNO dan pemimpin UMNO ni selesa... kalau kita menggalakkan percakapan begitu kita menggalakkan orang kita menjadi selesa,’’ katanya.


Demikianlah Artikel PRU14: Jangan tunggu lama-lama... - Tajuddin

Sekianlah artikel PRU14: Jangan tunggu lama-lama... - Tajuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Jangan tunggu lama-lama... - Tajuddin dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pru14-jangan-tunggu-lama-lama-tajuddin.html

Subscribe to receive free email updates: