link : Satu Suntikan Maut, Akhiri Penderitaan Si Puntung
Satu Suntikan Maut, Akhiri Penderitaan Si Puntung
Satu daripada tiga badak sumbu Sumatra yang terakhir di Malaysia dimatikan hari ini menerusi suntikan dalam operasi euthanasia di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di sini.
Badak sumbu Sumatera yang berusia 25 tahun itu diberi nama Puntung sebelum ini pernah mendapat liputan media kerana menderita akibat kanser kulit.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, operasi itu terpaksa diawalkan daripada tarikh yang dirancang iaitu pada 15 Jun bagi menamatkan penderitaan haiwan terbabit.
Puntung sebelum ini menderita akibat kanser berkenaan yang tumbuh di bahagian hidung kirinya menyebabkan haiwan terancam itu sukar bernafas.
Malah akibat penyakit itu, Puntung juga berada dalam keadaan kesakitan yang berpanjangan dan tahap kesihatannya juga menurun dengan mendadak.
Oleh kerana situasinya semakin meruncing dan keadaan Puntung yang menderita, keputusan drastik diambil untuk menamatkan penderitaannya menerusi suntikan euthanasia. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Satu Suntikan Maut, Akhiri Penderitaan Si Puntung
Sekianlah artikel Satu Suntikan Maut, Akhiri Penderitaan Si Puntung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Satu Suntikan Maut, Akhiri Penderitaan Si Puntung dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/satu-suntikan-maut-akhiri-penderitaan.html