link : Sekali Imbas Macam Lalat, Rupanya….
Sekali Imbas Macam Lalat, Rupanya….
SEKALI imbas memang agak menggelikan kerana disangkakan lalat, tetapi selepas diamati betul-betul rupanya bukan lalat tetapi lebah!
Itulah keunikan sebuah gerai yang menjual air teh bunga dipercayai di bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar , Kedah yang videonya kini viral di media sosial.
Klip video berdurasi 56 saat itu memaparkan suasana sebuah gerai menjual air teh bunga di bazar Ramadan.
Apa yang menarik gerai berkenaan dikerumuni jutaan lebah yang mungkin tertarik dengan aroma bunga teh berkenaan atau kemanisan teh itu sendiri.
Yang pastinya, walau dipenuhi lebah gerai berkenaan tetap menerima ramai pelanggan yang dilihat beratur menunggu giliran untuk mendapatkan minuman itu.
Walau lebah diketahui sebagai serangga yang mampu menyengat, namun peniaga dan pelanggan di gerai berkenaan seolah-olah tidak kisah dengan kehadiran ribuan serangga itu.
Peniaga tetap gigih memenuhi permintaan pelanggan dan pelanggan setia beratur panjang untuk mendapatkan minuman itu.
Pastinya teh bunga di gerai berkenaan istimewa kerana mampu menarik minat bukan sahaja pelanggan malah, ribuan ekor lebah! – MYNEWSHUB.CC
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Sekali Imbas Macam Lalat, Rupanya….
Anda sekarang membaca artikel Sekali Imbas Macam Lalat, Rupanya…. dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/sekali-imbas-macam-lalat-rupanya.html