link : Somalia: Aktivis Menangis Lihat Daun Jadi Sajian Berbuka
Somalia: Aktivis Menangis Lihat Daun Jadi Sajian Berbuka
Khabar terbaharu dari Somalia sangat memilukan. Jutaan umat Islam di sekitar Mogadishu berbuka puasa hanya dengan memakan daun kayu.
Foto-foto kiriman wartawan TV AlHijrah, Syafiq Azman menceritakan betapa dahsyat krisis kemanusiaan di negara 12 juta penduduk itu.
Isyarat mengenai krisis kebuluran di Somalia mula dihebahkan pada 7 Mac lalu. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres merayu simpati dunia untuk segera menyelamatkan enam juta mangsa kebuluran di Somalia.
Menurut Guterres, krisis yang melanda Somalia perlukan bantuan berskala besar ketika hampir 50 peratus rakyat negara itu terdesak untuk mendapatkan bekalan makanan.
“Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan penderitaan mereka,” kata Guterres ketika melawat Mogadishu.
Krisis kebuluran di Somalia berpunca akibat musim kemarau yang berpanjangan yang menyebabkan kemusnahan tanaman. Keadaan diburukkan lagi dengan krisis bekalan air bersih yang sangat terhad.
“Penduduk Somalia berdepan kematian. Seluruh dunia perlu bertindak bagi menghentikan krisis ini.
“Kita perlu membantu menyelesaikan konflik kemarau, perubahan cuaca dan penyakit berjangkit. Semua ini mimpi ngeri,” ujar Guterres.
Selain faktor kemusnahan tanaman akibat ekuinoks, Somalia sudah 25 tahun dilanda krisis perang saudara dan kini berdepan pula ancaman militia Al Syabab yang pro Daesh.
Guterres tidak bersendirian. Suara politiknya sebagai pelobi PBB didengar aktivis kemanusiaan seluruh dunia.
Antaranya Islamic Relief Malaysia (IRM). Sebagai aktivis kemanusiaan, IRM memiliki akaun kemanusiaan yang prominan di Somalia.
Satu langkah yang dimainkan setelah menyedari faktor perang sivil dan bencana ekuinoks akan menjadikan krisis kebuluran pasti berpanjangan di negara tanduk Afrika itu.
PBB menyenaraikan Somalia sebagai empat negara kritikal dalam kempen mengumpul dana AS$4 bilion (RM16 bilion) bagi menangani masalah kebuluran dan konflik perang.
Tiga lagi negara ialah Nigeria, Yemen dan Sudan Selatan yang dihimpit masalah sama. Awal Mac lalu, kerajaan Somalia mengumumkan kematian 110 penduduk akibat kebuluran dalam tempoh 48 jam di satu wilayah sahaja. Pasti selepas 90 hari angka itu sudah menjangkau ribuan nyawa.
Presiden Somalia, Mohamed Abdullahi Mohamed ketika bertemu Guterres berkata: “Kami mengharapkan dunia membantu menangani krisis ini!”
Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, segera melancarkan Tabung Rayuan Afrika Timur. Meskipun reaksi masyarakat sangat perlahan, IRM berjaya menyalurkan RM200 ribu dana bantuan segera ke Somalia, Sudan, Kenya dan Ethopia.
31 Mei lalu, Zairulshahfuddin mengetuai misi IRM ke Mogadishu; bandar maut yang disenaraikan antara spot keselamatan paling berbahaya di dunia.
“Bantuan makanan ini khas untuk pelarian mangsa kemarau dan kebuluran. Kita kena ingat, kebuluran menjadikan enam juta umat Islam berpuasa sejak sebelum Ramadan,” katanya.
Zairul bersama tiga aktivis IRM menjejak khemah pelarian bagi mendapatkan data lokasi untuk menyusun misi bantuan seterusnya. IRM turut disertai Muhammad Haris Sharim, 25, Sharmiza Husin 35 dan Nor Zafirah Zahari, 30 tahun.
Menurut Syafiq, aktivis IRM menitiskan airmata apabila melihat wanita di kem Menurut Syafiq, aktivis IRM menitiskan airmata apabila melihat wanita di kem pelarian hanya mampu menyediakan segumpal daun sebagai hidangan berbuka untuk kanak-kanak.
Penduduk Islam bersahur dan berbuka tanpa makanan. Melihatkan keadaan khemah pelarian terutama kanak-kanak yang menderita, seluruh emosi terganggu kerana suasana Ramadan di Malaysia mewah dengan makanan.
“Somalia bumi air mata,” kata Syafiq yang menyertai misi IRM meninjau dan mengedarkan bantuan makanan di kem pelarian sekitar Mogadishu sejak 3 hari lalu.
Dunia, kata Syafiq, barangkali sudah penat dengan isu kemanusiaan, namun enam juta nyawa rakyat Somalia tidak wajar dibiarkan begitu saja semata-mata kerana dunia berasa rimas dengan isu bencana kemanusiaan.
Syafiq yang berpengalaman di lokasi krisis kemanusiaan termasuk di kem-kem pelarian Syria, melihat kanak-kanak Somalia sebagai mangsa yang tidak wajar diabaikan.
“Kita bertanggungjawab menyediakan sehelai pakaian baharu untuk anak-anak kita berhari raya. Beri juga sepinggan nasi untuk anak Somalia menyambung nyawa.
“Kanak-kanak ini wajar diselamatkan dengan apa juga harga dan usaha. Mereka tidak perlukan kasut dan baju. Hanya makanan untuk terus hidup,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.
Syafiq berharap, foto-foto yang dirakamkan kamera henfonnya mampu mengubah sentuhan rasa rakyat Malaysia terhadap isu Somalia, terutama dalam semangat kemuliaan Ramadan.
“Berikan sedikit rezeki kita dengan menderma kepada Tabung Rayuan Afrika Timur yang dikendalikan IRM,” pesannya melalui aplikasi WhatsApp. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Somalia: Aktivis Menangis Lihat Daun Jadi Sajian Berbuka
Sekianlah artikel Somalia: Aktivis Menangis Lihat Daun Jadi Sajian Berbuka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Somalia: Aktivis Menangis Lihat Daun Jadi Sajian Berbuka dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/somalia-aktivis-menangis-lihat-daun.html