Tetap 'Jalan'

Tetap 'Jalan' - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tetap 'Jalan', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tetap 'Jalan'
link : Tetap 'Jalan'

Baca juga


Tetap 'Jalan'


LONDON: Pilihan raya umum Britain akan diteruskan pada Khamis ini, kata Perdana Menteri Theresa May semalam susulan kejadian serangan di ibu negaranya yang mengakibatkan enam maut dan 48 cedera.

Beberapa parti politik termasuk Parti Konservatif pimpinan Theresa serta pembangkang utama, Parti Buruh, menangguhkan kempen mereka semalam, tetapi pemimpin itu berkata ia akan diteruskan semula hari ini.

“Bagi menghormati mangsa, dua parti politik ini bersetuju menangguhkan kempen kami di peringkat kebangsaan untuk hari ini (semalam), tetapi kita tidak boleh membiarkan keganasan menghalang proses demokrasi.

“Jadi kempen akan diteruskan semula Isnin dan pilihan raya tetap diteruskan seperti dirancang pada Khamis ini.

“Pada masa sama kami mengucapkan takziah kepada semua mangsa kejadian ini,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung di depan pejabatnya di Downing Street office.

Pengguna media sosial sebelum itu menggesa pilihan raya ditangguhkan susulan serangan lewat Sabtu itu, malah petisyen turut dimulakan mendesak pengundian tidak diadakan dalam masa terdekat.

Tujuh mangsa maut selepas tiga lelaki bersenjatakan pisau menikam orang ramai selepas merempuh pejalan kaki menggunakan van putih di Jambatan London.

Ia berlaku kurang dua minggu selepas 22 orang maut akibat serangan bom di konsert penyanyi pop, Ariana Grande, di Manchester.

Pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn berkata di Twitter: “Kejadian kejam dan mengejutkan di London. Takziah untuk mangsa dan keluarga mereka. Terima kasih kepada perkhidmatan kecemasan.”

Susulan itu, Datuk Bandar London Sadiq Khan berkata, lebih banyak polis akan melakukan rondaan dan kawalan keselamatan di London tetapi menggesa orang ramai tidak panik, tenang dan sentiasa berhati-hati.

“Penting untuk kita membuktikan kita tidak takut dan satu caranya adalah keluar mengundi pada Khamis ini serta memahami pentingnya demokrasi, hak asasi dan kebebasan kita.

“Saya amat percaya pada proses demokrasi. Pada saya penting untuk kita mengundi dan menyedari satu perkara paling dibenci pengganas adalah proses pengundian serta demokrasi,” katanya.-Agensi
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tetap 'Jalan'

Sekianlah artikel Tetap 'Jalan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tetap 'Jalan' dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tetap-jalan.html

Subscribe to receive free email updates: