link : Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Anaknya Yang Terkena Pneumonia Dan Rawatan Yang Di Gunakan Ibu Bapa Sila Ambil Perhatian
Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Anaknya Yang Terkena Pneumonia Dan Rawatan Yang Di Gunakan Ibu Bapa Sila Ambil Perhatian
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.
Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia.
Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, day care iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.
Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.
VIDEO CARA RAWATAN:
-Pen Merah Press
Sumber: penmerahpress
Demikianlah Artikel Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Anaknya Yang Terkena Pneumonia Dan Rawatan Yang Di Gunakan Ibu Bapa Sila Ambil Perhatian
Anda sekarang membaca artikel Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Anaknya Yang Terkena Pneumonia Dan Rawatan Yang Di Gunakan Ibu Bapa Sila Ambil Perhatian dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/wanita-ini-kongsikan-pengalaman-anaknya.html