Polis Marin Tahan 17 PATI Indonesia

Polis Marin Tahan 17 PATI Indonesia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Marin Tahan 17 PATI Indonesia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Marin Tahan 17 PATI Indonesia
link : Polis Marin Tahan 17 PATI Indonesia

Baca juga


Polis Marin Tahan 17 PATI Indonesia

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Hutan Pesisir Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, dekat sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chang berkata mereka yang ditahan  merupakan 12 lelaki dewasa dan lima wanita berusia antara 30 dan 50 tahun.

Serbuan dilakukan bermula pukul 1 pagi dengan lima daripadanya ditahan dalam operasi pertama, tujuh orang dalam operasi kedua dan lima orang dalam operasi ketiga. 

Menurut beliau, kesemua mereka mengaku telah berada di hutan berkenaan selama dua hari bagi menunggu  ketibaan bot pancung yang digunakan untuk pulang ke negara asal.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan berada dalam Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan serta keluar daripada negara melalui pintu yang tidak diwartakan. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis Marin Tahan 17 PATI Indonesia

Sekianlah artikel Polis Marin Tahan 17 PATI Indonesia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Marin Tahan 17 PATI Indonesia dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/polis-marin-tahan-17-pati-indonesia.html

Subscribe to receive free email updates: