Rezeki suami itu mungkin berkat doa isteri…

Rezeki suami itu mungkin berkat doa isteri… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rezeki suami itu mungkin berkat doa isteri…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rezeki suami itu mungkin berkat doa isteri…
link : Rezeki suami itu mungkin berkat doa isteri…

Baca juga


Rezeki suami itu mungkin berkat doa isteri…

SELAIN masyarakat luar sana, pengarah dan pelakon, Adam Hamid turut terkesan dengan nasib yang menimpa ke atas Intan Liana Saleh.

Mohon untuk terus kuat dan tabah, selebriti berusia 46 tahun ini juga mendoakan Intan Liana agar sentiasa dimurahkan rezeki selepas ini.

‘Sabarlah intan @__iiiintan.saleh. Insya-ALLAH, selepas ini rezeki kamu akan lebih melimpah ruah lagi.

“ALLAH akan jaga kamu selagi kamu menjaga hubungan dengan ALLAH,” tulisnya di Instagram (IG).

Malah, pelakon yang dikenali melalui drama Sayang Di Sayang ini juga berkongsi pengalamannya sebagai seorang pekerja bebas (freelance).

“Saya juga freelance so saya faham akan persaingannya. Kami freelance ini tak ada gaji tetap semua berdasar atas kontrak.

“Ex husband itu pemuzik bebas/freelance yang dah tentu pendapatannya tidak tetap, so faham-faham ajelah kalau tiada orang panggil main muzik lepas ni.

“Kadang-kadang, rezeki yang suami dapat itu mungkin berkat doa sang isteri, bila kamu menceraikannya mungkin rezeki itu juga akan pergi meninggalkan kamu. Nak kahwin empat pun kahwinlah tapi yang pertama jangan dibuang!,” tulisnya lagi beserta #KasihanAnakAnak.

Intan Liana dan suaminya, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, setahun.

Difahamkan, konflik rumah tangga pasangan ini berlaku selepas Ude bernikah secara rahsia dengan pelakon popular, Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017.

Bagaimanapun, pemuzik bebas ini menepis dakwaan tersebut selain mengakui kemelut rumah tangga mereka sudah pun berlarutan sejak dua tahun lalu.

Malah, Ude juga menggesa bekas isterinya itu menghentikan ‘drama air mata’ yang disifatkan sebagai pembohongan semata-mata kerana ingin meraih simpati.

The post Rezeki suami itu mungkin berkat doa isteri… appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rezeki suami itu mungkin berkat doa isteri…

Sekianlah artikel Rezeki suami itu mungkin berkat doa isteri… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rezeki suami itu mungkin berkat doa isteri… dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/rezeki-suami-itu-mungkin-berkat-doa.html

Subscribe to receive free email updates: