Mahathir tertekan... kerap maki hamun dan sumpah seranah...Tua Tua Masih Tak Sedar Diri Lagi

Mahathir tertekan... kerap maki hamun dan sumpah seranah...Tua Tua Masih Tak Sedar Diri Lagi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir tertekan... kerap maki hamun dan sumpah seranah...Tua Tua Masih Tak Sedar Diri Lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir tertekan... kerap maki hamun dan sumpah seranah...Tua Tua Masih Tak Sedar Diri Lagi
link : Mahathir tertekan... kerap maki hamun dan sumpah seranah...Tua Tua Masih Tak Sedar Diri Lagi

Baca juga


Mahathir tertekan... kerap maki hamun dan sumpah seranah...Tua Tua Masih Tak Sedar Diri Lagi

Mendengar ucapan Tun Dr Mahathir di Pasir Gudang dua malam lepas, 6 April, dan di Parit Jawa malam tadi, 7 April, bolehlah disimpulkan bahawa Tun Dr Mahathir kini telah merendahkan martabat negawaran beliau menjadi setaraf Mat Sabu dan Lim Guan Eng yang ceramah mereka selalunya dipenuhi dengan segala jenis caci maki.

Jika di dalam ucapan di Pasir Gudang dua malam lepas yang menjadi mangsa Tun Dr Mahathir hanyalah Datuk Seri Najib yang digelar sebagai “bodoh” dan Utusan Melayu yang digelar sebagai “newspaper bodoh”, ucapan di Parit Jawa malam tadi menyaksikan lebih banyak pihak dicaci maki dengan lebih keras oleh Tun Dr Mahathir.   

Selain TV3 yang digelar sebagai “TV tiga suku”, turut menjadi mangsa kecaman Tun Dr Mahathir di Parit Jawa malam tadi adalah “semua yang ada di sekeliling Datuk Seri Najib” yang digelar sebagai “penyangak, makan dedak, penuh dengan dedak, sumbat dedak dalam telinga dalam mulut dalam hidung dalam mata, buta pekak tuli”.

Bagaimanapun, yang paling teruk dikecam oleh Tun Dr Mahathir di Parit Jawa malam tadi adalah Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah, yang, diseranah dengan istilah “kepala hotak dia” selain ayat “cakap macam keluar daripada bukan hak atas punya, hak bawah, hak belakang dan hak bawah, bila orang tak guna otak itulah dia cakap”.

Turut diseranah dengan istilah “kepala hotak dia” oleh Tun Dr Mahathir di Parit Jawa malam tadi adalah Ketua Pengarah RoS, Puan Surayati Ibrahim.

Saya akui bahawa Tun Dr Mahathir berhak untuk merasa marah dengan Pengerusi SPR dan Ketua Pengarah RoS mahupun mana-mana media yang tidak menyebelahi beliau, tetapi ketidakmampuan mengawal emosi dengan menyumpah seranah mereka bukanlah taraf seorang negarawan selain turut boleh membahayakan kesihatan beliau.

Selain itu, sebelum menyumpah seranah, seeloknya dapat disemak dahulu ketepatan kenyataan pihak yang mahu disumpah seranah itu kerana, di dalam kes Tan Sri Hashim, sejak semalam lagi beliau telah mengeluarkan kenyataan media yang menyebut “SPR tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya ingin digunakan lambang atau simbol PKR dalam pilihan raya oleh mana-mana individu yang dibenarkan oleh parti itu sendiri perlu dapat kebenaran SPR” dan “kebenaran untuk menggunakan simbol PKR oleh calon yang ingin bertanding atas tiket parti itu adalah di bawah bidang kuasa parti itu”. Takkanlah tak ada sesiapa yang maklumkan kepada Tun Dr Mahathir mengenainya?

Pada sisi yang lain, sudah tentulah banyak pihak yang pernah merasa teraniaya dengan layanan keras Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulu kini merasa bersyukur bahawa Tun Dr Mahathir kini turut berpeluang untuk merasa sendiri layanan keras yang pihak yang beliau aniayai dahulu pernah rasai di tangan beliau. 

Paling mengujakan tentulah penyokong PAS bila Tun Dr Mahathir, yang dulu mengecam hebat Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz kerana menyebut “bagi duit ambil, bagi kain pakai, bagi gula kacau, tapi undi tetap bulan” bagi melawan Tun Dr Mahathir, kini terpaksa menyebut ungkapan hampir sama di Pasir Gudang dan di Parit Jawa.


Demikianlah Artikel Mahathir tertekan... kerap maki hamun dan sumpah seranah...Tua Tua Masih Tak Sedar Diri Lagi

Sekianlah artikel Mahathir tertekan... kerap maki hamun dan sumpah seranah...Tua Tua Masih Tak Sedar Diri Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir tertekan... kerap maki hamun dan sumpah seranah...Tua Tua Masih Tak Sedar Diri Lagi dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/mahathir-tertekan-kerap-maki-hamun-dan.html

Subscribe to receive free email updates: