Kajian : Millenial Malaysia Dijangka Hidup Sehingga Usia 77, Bersara 57 Tahun

Kajian : Millenial Malaysia Dijangka Hidup Sehingga Usia 77, Bersara 57 Tahun - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kajian : Millenial Malaysia Dijangka Hidup Sehingga Usia 77, Bersara 57 Tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kajian : Millenial Malaysia Dijangka Hidup Sehingga Usia 77, Bersara 57 Tahun
link : Kajian : Millenial Malaysia Dijangka Hidup Sehingga Usia 77, Bersara 57 Tahun

Baca juga


Kajian : Millenial Malaysia Dijangka Hidup Sehingga Usia 77, Bersara 57 Tahun


KUALA LUMPUR : Golongan millennial di Malaysia dijangka bersara pada usia 57, dua tahun lebih muda berbanding purata umur persaraan 59 tahun, menurut kajian yang dijalankan oleh HSBC.

Laporan terkini bank itu bertajuk, “Masa Depan Persaraan”, 55 peratus daripada millennial di Malaysia berasakan mereka akan hidup lebih lama dan perlu menyara diri untuk lebih lama berbanding generasi sebelumnya.

Katanya secara purata, millennial dijangka hidup sehingga 77 tahun.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan Negara HSBC Bank Malaysia Bhd Lim Eng Seong berkata cabaran ekonomi yang akan dihadapi oleh generasi millennial digambarkan dengan jelas dalam prospek persaraan mereka.

"Dengan kadar faedah yang rendah dan peningkatan kos penjagaan kesihatan untuk pesara pada masa akan datang, amat penting untuk mula menyimpan awal bagi tempoh persaraan yang selesa,” katanya.

Walaupun millennial optimis mengenai umur persaraan mereka, hanya 38 peratus percaya bahawa mereka akan selesa dari segi kewangan semasa bersara, manakala 65 peratus percaya mereka akan terus bekerja, kepada satu tahap, selepas umur persaraan mereka.

Walaupun “jurang realiti” yang ketara mengenai jangkaan persaraan millennial, 80 peratus daripada responden mula menyimpan untuk persaraan, pada umur purata 27.

Laporan itu turut mendedahkan kira-kira 72 peratus daripada millennial di Malaysia berkata mereka bersedia untuk mengurangkan perbelanjaan mereka untuk menyimpan, kedua tertinggi di Asia selepas Indonesia.

Laporan itu mewakili pandangan daripada 18,414 orang dari 16 negara dan wilayah termasuk 1,011 rakyat Malaysia.

Kajian ini dijalankan secara dalam talian oleh syarikat penyelidikan pasaran utama, Ipsos MORI, antara November 2016 dan Januari 2017. ― Bernama
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kajian : Millenial Malaysia Dijangka Hidup Sehingga Usia 77, Bersara 57 Tahun

Sekianlah artikel Kajian : Millenial Malaysia Dijangka Hidup Sehingga Usia 77, Bersara 57 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kajian : Millenial Malaysia Dijangka Hidup Sehingga Usia 77, Bersara 57 Tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kajian-millenial-malaysia-dijangka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :