link : SPRM Siasat Balik Kes Hotel Felda Di London Dibeli Mahal
SPRM Siasat Balik Kes Hotel Felda Di London Dibeli Mahal
PUTRAJAYA – Siasatan sebenarnya pernah dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kes pembelian sebuah hotel empat bintang Grand Plaza Kensington di ibu kota Britain.
Bangunan terletak di kawasan Bayswaters, London itu dibeli pada harga RM538 juta oleh Felda Investment Corporation (FIC), sebuah sayap pelaburan Felda. Namun pada 2015, SPRM mendapati tiada unsur penyelewengan.
Terbaharu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad memaklumkan pihaknya telah pun membuka kertas siasatan ke atas pembelian hotel itu antara tahun 2013 hingga 2015 setelah memperoleh maklumat baharu.
Katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini pada Jumaat, maklumat terkini berkenaan secara kebetulan diperoleh SPRM ketika melakukan siasatan terhadap isu Felda Global Ventures (FGV).
Menurut Dzulkifli, berdasarkan siasatan awal, FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.
“Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel itu,” katanya.
Beliau berkata, beberapa saksi penting akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan sebelum tindakan lanjut diambil.
Loading...
Demikianlah Artikel SPRM Siasat Balik Kes Hotel Felda Di London Dibeli Mahal
Anda sekarang membaca artikel SPRM Siasat Balik Kes Hotel Felda Di London Dibeli Mahal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sprm-siasat-balik-kes-hotel-felda-di.html