BEKAS “ORANG KANAN” BERI 5 SEBAB MAHATHIR TAK LAYAK JADI PM LAGI

BEKAS “ORANG KANAN” BERI 5 SEBAB MAHATHIR TAK LAYAK JADI PM LAGI - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BEKAS “ORANG KANAN” BERI 5 SEBAB MAHATHIR TAK LAYAK JADI PM LAGI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BEKAS “ORANG KANAN” BERI 5 SEBAB MAHATHIR TAK LAYAK JADI PM LAGI
link : BEKAS “ORANG KANAN” BERI 5 SEBAB MAHATHIR TAK LAYAK JADI PM LAGI

Baca juga


BEKAS “ORANG KANAN” BERI 5 SEBAB MAHATHIR TAK LAYAK JADI PM LAGI

Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman merupakan individu penting yang mempunyai pengalaman selama beberapa tahun bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu bersama-sama mengasaskan parti tersebut.

Jika Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusof menggariskan sembilan kayu ukur kekurangan Dr. Mahathir,  Kamarul Azman pula memberikan lima lagi sebab berdasarkan pengalamannya sepanjang bersama Pengerusi PPBM itu.

Berikut merupakan rangkuman penilaian yang dibuat oleh Kamarul Azman:

1) Daya ingatan: Tidak mampu

Ulasan: Walau sehebat mana sekalipun individu itu, usia akan membataskan pergerakan fizikal dan juga mental termasuklah daya ingatan. Kamarul Azman berkata, sepanjang pengalamannya dalam parti itu, Dr. Mahathir kerap kali terlupa beberapa perkara termasuk nama pemimpin kanan walaupun kerap mengadakan perjumpaan.

2) Kredibiliti: Tidak mampu

Ulasan: Kredibiliti Dr. Mahathir selepas menjadi Perdana Menteri seharusnya dipertikaikan dengan pelbagai dakwaan dan fitnah yang dibuat. Menurut Kamarul Azman, Dr. Mahathir juga tidak dapat membezakan antara kebenaran tanpa mempunyai bukti kukuh atau fitnah. Malah Dr. Mahathir hanya mengharapkan masyarakat percaya apa yang diperkatakan olehnya. Contohnya dakwaan beliau bahawa negara akan menjadi muflis selepas hutang berada tahap membimbangkan, sedangkan hakikat sebaliknya.

3) Emosi : Tidak mampu

Ulasan : Menurut Kamarul Azman , Dr. Mahathir terlalu sensitif dan tidak boleh ditegur. Dalam beberapa mesyuarat sebelum ini segala idea atau pandangan yang diutarakan olehnya harus diterima pakai. Jika tidak mereka berkemungkinan berdepan tindakan. Sebab itu ramai pemimpin hanya berdiam diri. Selain itu beliau kelihatan sering bersedih dengan apa yang berlaku terhadap keluarganya sedangkan umum mengetahui kekayaan dimiliki oleh mereka.

4)  Fikiran bercelaru : Ya

Ulasan: Dr.Mahathir sebelum ini diangkat antara orang kuat yang menentang DAP tetapi kini beliau bersekongkol dengan pemimpin kanan parti itu. Beliau turut membuat pusingan ‘U’. Ini boleh dilihat menerusi pelbagai video yang kini tular. Tambah Kamarul Azman, Dr. Mahathir juga disifatkan sebagai seorang yang tidak tetap pendirian dan tidak mempunyai prinsip.

5) Usia; Tidak mampu

Ulasan: Selain pertambahan angka pada umurnya, Dr. Mahathir juga dilihat tidak mampu untuk bersaing dengan golongan yang lebih muda. Tambah Khairul Azman, beliau sebaliknya perlu menerima hakikat bahawa ada golongan muda yang lebih bijak daripadanya dalam keadaan zaman teknologi ini dengan segala maklumat diperoleh menerusi hujung jari. 


Demikianlah Artikel BEKAS “ORANG KANAN” BERI 5 SEBAB MAHATHIR TAK LAYAK JADI PM LAGI

Sekianlah artikel BEKAS “ORANG KANAN” BERI 5 SEBAB MAHATHIR TAK LAYAK JADI PM LAGI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BEKAS “ORANG KANAN” BERI 5 SEBAB MAHATHIR TAK LAYAK JADI PM LAGI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/bekas-orang-kanan-beri-5-sebab-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates: