Hampir sedekad memerintah Selangor tapi masih salahkan pihak lain

Hampir sedekad memerintah Selangor tapi masih salahkan pihak lain - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hampir sedekad memerintah Selangor tapi masih salahkan pihak lain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hampir sedekad memerintah Selangor tapi masih salahkan pihak lain
link : Hampir sedekad memerintah Selangor tapi masih salahkan pihak lain

Baca juga


Hampir sedekad memerintah Selangor tapi masih salahkan pihak lain

SHAH ALAM: Walaupun hampir 10 tahun pembangkang menjadi kerajaan di Selangor namun mereka masih lagi bersikap dangkal apabila menuding jari kepada pihak lain bersabit masalah air yang melanda pengguna sekitar Lembah Klang.

Penganalisis politik, Datuk Aidit Ghazali menyelar tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang cuba 'lepas tangan' dengan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang perlu bertanggungjawab dalam menangani isu tersebut.

"Dalam 10 tahun, takkan la tidak buat kajian di mana terletaknya kelompangan dan kelemahan dalam negeri.

"Jadi kalau lepas 10 tahun masih lagi nak menyalahkan pihak lain, jadi d imana letaknya tanggungjawab mereka daripada segi hendak menunaikan janji-janji mereka dalam manifesto PRU ke-12 dan ke-13,"katanya kepada Antarapos.

Aidit menegaskan tempoh sedekad merupakan waktu yang panjang bagi membuktikan kredibiliti sesebuah parti dalam membela nasib rakyat.

Tetapi katanya, apa yang berlaku adalah perkara sebaliknya apabila Azmin mahu mengelak daripada bertanggunhjawab dalam isu ini.

"Ini adalah perkara yang tak masuk akal sekiranya dia melepaskan tangan, ini menunjukkan dia (Azmin) bukan menteri besar yang boleh kita harap dalam memastikan kelangsungan kebajikan masyarakat.

"Seorang menteri besar itu bertanggungjawab atas pengurusan dan pentadbiran lebih-lebih lagi perkara yang dianggap sebagai kritikal dan juga terpenting bagi sesebuah masyarakat,

"Ini termasuklah pembekalan air, tapi pengurusan dan penyelenggaraan berkaitan dengan air," jelasnya.

Malah katanya, tidak mustahil Mohamed Azmin akan bertindak lagi sedemikian sekiranya wujud masalah lain pula.

Mohamed Azmin semalam dilihat cuba mengelak daripada dipersalahkan dalam krisis bekalan air yang melanda negeri ini.

Namun, beliau sebaliknya menyalahkan Perdana Menteri dalam masalah tersebut.

Sementara itu, Aidit menasihatkan bahawa kerajaan negeri tidak perlu sibuk berpolitik sehingga terlupa akan janji yang ditabur ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan 13.

Lebih dua juta penduduk di sekitar Lembah Klang sekali lagi terpaksa berdepan dengan gangguan bekalan air kali kedua untuk tahun ini, membabitkan 498 kawasan.

Gangguan itu berlaku disebabkan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).


Demikianlah Artikel Hampir sedekad memerintah Selangor tapi masih salahkan pihak lain

Sekianlah artikel Hampir sedekad memerintah Selangor tapi masih salahkan pihak lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hampir sedekad memerintah Selangor tapi masih salahkan pihak lain dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/hampir-sedekad-memerintah-selangor-tapi.html

Subscribe to receive free email updates: