PH ketandusan idea tadbir negara - PAS Selangor

PH ketandusan idea tadbir negara - PAS Selangor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH ketandusan idea tadbir negara - PAS Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH ketandusan idea tadbir negara - PAS Selangor
link : PH ketandusan idea tadbir negara - PAS Selangor

Baca juga


PH ketandusan idea tadbir negara - PAS Selangor

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP dianggap ketandusan idea untuk mentadbir negara apabila mengemukakan janji-janji yang tidak jelas kepada rakyat di sebalik manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara itu ditegaskan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Haslin Hasaan apabila beliau menyifatkan manifesto bersama PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu bersifat umum dan hanya untuk menarik undi semata-mata tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada negara serta rakyat.

Mengambil contoh janji memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST), beliau menanggap perkara itu sukar untuk dilaksanakan oleh PH kerana hasil yang diperoleh Kerajaan Persekutuan menerusi pelaksanaan sistem percukaian itu adalah tinggi.

“Justeru, adalah mustahil Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai tersebut kerana ia merupakan antara penyumbang hasil terbesar kepada Kerajaan Persekutuan.

“Apabila kita bercakap satu perkara yang besar, langkah untuk memansuhkan GST itu sudah tentunya akan memberi kesan rantaian kepada rakyat, sektor ekonomi yang akhirnya akan kedudukan negara pada masa depan,” katanya dipetik Utusan Malaysia, hari ini.

Pada masa sama, Haslin turut membidas PH yang dianggap begitu lemah dalam merangka dasar negara apabila gagal mengemukakan mekanisme atau alternatif khusus bagi menggantikan GST.

Walaupun Pakatan Harapan mahu memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), beliau bagaimanapun menyifatkan ia bukan satu langkah yang praktikal kerana sistem percukaian yang dilaksanakan pada tahun 1972 termasuk semasa era Pengerusi gabungan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri didapati terdedah dengan pelbagai masalah pertindihan serta ketirisan.

Dalam masa sama, Haslin yang juga ADUN Tanjung Sepat itu turut menegaskan manifesto PH yang diumumkan pada Khamis lalu itu hanyalah ‘gula-gula’ yang akan memudaratkan rakyat.

“Habis ‘gula-gula’ itu, maka habislah manisnya dan rakyat selepas itu akan sengsara. Malah, sebilangan besar janji-janji dalam manifesto itu telah pun dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini,” ujarnya.


Demikianlah Artikel PH ketandusan idea tadbir negara - PAS Selangor

Sekianlah artikel PH ketandusan idea tadbir negara - PAS Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH ketandusan idea tadbir negara - PAS Selangor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ph-ketandusan-idea-tadbir-negara-pas.html

Subscribe to receive free email updates: