link : PM buka cerita pasal 1MDB…
PM buka cerita pasal 1MDB…
Bagi yang galak bawa mulut sana sini untuk tibai kerajaan kononnya Datuk Seri Najib Razak gementar hendak berdepan dengan soalan mengenai 1MDB apa yang berlaku di sesi forum sempena pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2017, Jumaat malam sudah cukup untuk menjawabnya.
Forum di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec),Kuala Lumpur itu bukan satu acara main sorok-sorok tetapi dipancarkan secara live menerusi televisyen yang boleh ditonton oleh jutaan rakyat.
Di dalam dewan pula hadirin di situ ramai terdiri dari kalangan tokoh korprat dari syarikat dalam dan luar negara yang cukup faham pasal selok belok perniagaan.
Datuk Seri Idris Jala yang kendali sesi itu secara terbuka antara lain bertanya Perdana Menteri dua soalan berturut-turut mengenai isu 1MDB.
Katanya isu 1MDB masih merupakan soalan yang terus ditanya ramai orang dan menjadi bahan kritikan sekalipun banyak pembangunan dilaksana oleh kerajaan kebelakangan ini.
Beliau juga ingin tahu betulkah dakwaan mengatakan ekoran persepsi negatif isu 1MDB ekonomi negara menurun dan sektor swasta tidak lagi mahu melabur di Malaysia.
Najib dengan tenang buka cerita beliau amat sedar mengenai kritikan-kritikan pasal 1MDB.
Katanya atas sebab bila isu ini timbul beliau telah mengarahkan 1MDB disiasat antaranya oleh PAC,Bank Negara ,pihak polis ,Ketua Audit Negara malah 1MDB merupakan badan yang paling banyak disiasat dalam sejarah negara.
Katanya PAC mempunyai wakil pembangkang ketika siasatan dijalankan yakni Dr Tan Seng Giaw dan Tony Pua dari DAP.
Menurutnya laporan setebal 106 muka telah dibuat oleh PAC.
Perdana Menteri kemudian mengutarakan tiga soalan utama dari laporan PAC.

“Kita tanya beberapa perkara pokok dalam laporan itu. Pertama, adakah dalam laporan itu mana-mana ayat menyatakan saya curi duit 1MDB? Jawabnya tidak sama sekali.
“Kedua, sama ada laporan PAC menyatakan saya ada buat kesalahan? Jawapannya, tidak. Ketiga, adakah laporan tersebut mengatakan derma kerajaan Arab Saudi merupakan duit 1MDB? Jawapannya, tidak sama sekali.
“Laporan tersebut membuat kesimpulan, saya tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya.
Serentak dengan itu beliau meminta semua pihak membaca laporan penuh PAC itu yang boleh dilayari di internet.
Serentak dengan itu beliau meminta semua pihak membaca laporan penuh PAC itu yang boleh dilayari di internet.
Najib berkata laporan PAC membuat kesimpulan bahawa 1MDB merupakan satu model perniagaan, di mana ia tidak mempunyai asas yang kukuh kerana suntikan modal yang diberikan oleh kerajaan hanya sebanyak RM1 juta sahaja.
"1MDB mempunyai program yang besar dan telah membuat pinjaman berjumlah RM42 bilion. Bagi jumlah pinjaman RM42 bilion, kadar faedahnya lima peratus setahun atau RM2 bilion setahun," katanya.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata punca permasalahan 1MDB ialah apabila perancangan awal untuk menyenaraikan Edra Energy digagalkan oleh pihak yang cuba mempolitikkan isu tersebut.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata punca permasalahan 1MDB ialah apabila perancangan awal untuk menyenaraikan Edra Energy digagalkan oleh pihak yang cuba mempolitikkan isu tersebut.
"Sebenarnya mereka mahu menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik, dan isu ini dipolitikkan dengan pelbagai tomahan, kononnya RM42 bilion (pinjaman) sudah hilang dan sebagainya.
"Edra yang sepatutnya disenaraikan, dan berdasarkan perkiraan pada masa itu, kira-kira RM18 bilion hingga RM22 bilion dapat diraih daripada pasaran semasa disenaraikan, tidak dapat dilakukan," katanya.
Bagaimanapun, Najib berkata kerajaan telah mengambil langkah positif dengan melaksanakan rasionalisasi 1MDB, yang kini berjalan lancar.
Perdana Menteri berkata kerajaan kini giat membangunkan Tun Razak Exchange (TRX) yang akan menjadi sebuah kawasan pembangunan ikonik, dengan pembinaan Mulia Towers yang dijangkakan siap pada Ogos ini.
"Bandar Malaysia, yang akan menjadi terminal bagi Kereta Api Berkelajuan Tinggi, dua stesen MRT sedang dibangunkan dan kawasan berkeluasan 202.34 hektar itu dijangka menjadi kawasan yang mempunyai pembangunan terhebat dalam jangka masa beberapa tahun lagi.
"Aset-aset ini, kita akan di monetise (jana keuntungan), dan kita akan gunakan untuk menyelesaikan hutang 1MDB, dan mengikut perkiraan, jika dapat kita peroleh nilai sebenarnya, ada kemungkinan kita boleh mencatat keuntungan menerusi program rasionalisasi ini," katanya.
Najib turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa persepsi negatif yang timbul susulan isu MDB ini telah mengakibatkan pelaburan dari luar dan sektor swasta menurun.
"Pada tahun 2010, bila kita mulakan (Dasar Transformasi Negara), kita lihat kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) dari segi pelaburan swasta, sebanyak tujuh peratus sahaja. Namun, angka itu telah melonjak kepada 11 peratus dalam tempoh tujuh tahun. Jadi apa yang diperkatakan (persepsi) itu tidak betul.
"Nisbah pelaburan sektor swsta dan syarikat berkaitan kerajaan (juga) telah berubah, dengan sektor swasta kini menjadi enjin pertumbuhan dalam ekonomi (68 peratus) berbanding sektor kerajaan (32 peratus), berbanding 55 peratus kerajaan dan 45 peratus swasta sebelum ini," katanya.
Sementara itu menjawab satu lagi soalan Idris,Perdana Menteri menegaskan semua program yang dilaksanakan kerajaan untuk kepentingan rakyat bukan bersifat 'syok sendiri'.
Beliau berkata kesemua program berkenaan dirasai rakyat pelbagai peringkat di bandar dan luar bandar.
Katanya hasil pelaksanaan pembangunan pelbagai pengangkutan awam, seramai 1.2 juta rakyat di seluruh negara menikmati kemudahan berkenaan setiap hari termasuk 120,000 orang yang menggunakan MRT.
"Nelayan juga menerima RM300 setiap bulan, BR1M tujuh juta rakyat menerimanya, dan ini semua memberi kesan positif kepada rakyat," katanya.
Kepada soalan mengenai GST ,Perdana Menteri menafikan sistem cukai itu telah mengakibatkan inflasi meningkat.
“Dalam sejarah ekonomi negara kita, kadar inflasi mencapai tahap tertinggi pada tahun 1998 dan 2008, iaitu sebelum GST diperkenalkan.
“Umpamanya pada Julai 2008, inflasi kita mencecah 8.4 peratus dan sejak GST diperkenalkan, kadar inflasi dicatatkan pada tahap 2.1 peratus (2015), 2.1 peratus (2016) serta 3.7 peratus pada 2017.
“Pada bulan Februari lalu, kadar inflasi jatuh kepada 1.4 peratus,” katanya.
Justeru katanya, kenaikan harga barang bukanlah berpunca daripada pelaksanaan GST.
Demikianlah Artikel PM buka cerita pasal 1MDB…
Sekianlah artikel PM buka cerita pasal 1MDB… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM buka cerita pasal 1MDB… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/pm-buka-cerita-pasal-1mdb.html