link : Ustazah ulang alik 200 km ke sekolah dikhuatiri hilang
Ustazah ulang alik 200 km ke sekolah dikhuatiri hilang
Imej via Astro Awani |
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A. Anbalagan berkata, kehilangan Nur Farhana Ibrahim, 27 tahun, disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah pada petang Isnin seperti biasa.
"Pada pukul lebih kurang 4.30 petang, suami mangsa yang merupakan peniaga itu menghubungi telefon bimbit isterinya, namun tidak berjawab dan apabila lelaki berkenaan pulang ke rumah mendapati telefon bimbit ustazah berkenaan berada dalam bilik tidur dipercayai tertinggal," katanya di sini Rabu malam.
Menurutnya, suami mangsa yang berusia 30 tahun itu menghubungi rakan-rakan isterinya untuk bertanya kedudukan wanita tersebut, namun mereka semua tidak tahu di mana ustazah berkenaan berada dan memaklumkan kereta isterinya berada di luar kawasan pagar sekolah.
Anbalagan berkata lelaki itu pergi ke sekolah isterinya pada Selasa dan menurut guru besar sekolah berkenaan ustazah tersebut hadir ke sekolah mengajar seperti biasa pada hari Isnin, namun tidak datang ke sekolah pada Selasa.
Katanya, suami mangsa telah berusaha mencari isterinya di kawasan sekitar sekolah dan berhampiran namun tidak menjumpai wanita itu.
"Beg duit, kunci kereta serta alatan menulis milik ustazah itu berada di atas meja bilik guru sekolah berkenaan. Pihak polis dengan bantuan orang ramai melancarkan operasi mencari wanita tersebut namun sehingga malam ini masih gagal ditemui," katanya.
Beliau berkata polis juga menggunakan perkhidmatan unit pengesan anjing K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mengesan ustazah berkenaan dan setakat ini belum menemui sebarang petunjuk.
Katanya, menurut suami mangsa, isterinya pernah menerima rawatan kemurungan pada tahun 2014 dan ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan berulang alik setiap hari dari Langgar ke Balik Pulau untuk mengajar di sekolah berkenaan.
Jarak sehala kira-kira 100 kilometer dan difahamkan ustazah itu telah banyak kali memohon untuk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan keluarganya.
"Lelaki itu juga mendakwa dia dan isterinya tidak mengalami masalah rumah tangga dan mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun. Saya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung wanita itu agar tampil menyalurkan maklumat kepada polis," katanya.
- Bernama
loading...
Demikianlah Artikel Ustazah ulang alik 200 km ke sekolah dikhuatiri hilang
Sekianlah artikel Ustazah ulang alik 200 km ke sekolah dikhuatiri hilang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ustazah ulang alik 200 km ke sekolah dikhuatiri hilang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/01/ustazah-ulang-alik-200-km-ke-sekolah.html