Guru takut cuti bersalin kerana tiada pengganti? - Hallo sahabat
Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru takut cuti bersalin kerana tiada pengganti?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Bola Sepak,
Artikel Malaysia Today,
Artikel News,
Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Guru takut cuti bersalin kerana tiada pengganti?link :
Guru takut cuti bersalin kerana tiada pengganti?
Guru takut cuti bersalin kerana tiada pengganti?
 |
Imej via Google Images |
PETALING JAYA: Pemuda PPBM menggesa Kementerian Pendidikan menyelesaikan isu kekurangan guru ganti di sesetangah sekolah sehingga mengganggu sesi pembelajaran.
Exco Pendidikan Pemuda PPBM, Mohd Ashraf Mustaqim berkata guru juga takut mengambil cuti panjang termasuk cuti bersalin kerana memikirkan tanggungjawab mendidik yang perlu diutamakan.
“Isu kekurangan guru dan tiadanya peruntukan untuk guru ganti, kelihatan sangat meruncing apabila banyak aduan dari pihak guru dan sekolah yang memaklumkan bermula bulan Mac ini, tiada lagi peruntukan untuk kemasukan guru ganti andai ada guru bersalin atau cuti sakit berpanjangan.
“Ini semestinya akan membebankan dan mengganggu proses penyampaian ilmu di sekolah-sekolah. Pemuda PPBM berharap pihak KPM mencari jalan bagi peruntukan guru ganti, sehinggakan ada guru yang mengadu ‘tidak berani nak beranak sebab tanggungjawab nak mendidik’,” katanya.
Asyraf menambah, selain isu guru ganti, Pemuda PPBM melalui Angkatan Gerak Minda Malaysia (Agra) mendapati kekurangan peralatan di sekolah juga merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Katanya, terdapat sekolah di mana pelajarnya terpaksa bersila di atas lantai kerana ketiadaan kerusi dan meja.
“Pihak sekolah, ibu bapa, malah pimpinan masyarakat termasuk dari kalangan beberapa wakil rakyat sendiri mengadu permintaan dari sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kelengkapan yang cukup termasuklah ketiadaan meja dan kerusi, sehingga ramai pelajar terpaksa duduk di lantai tanpa keselesaan demi meneruskan sesi pembelajaran.
“Isu peruntukan kertas turut dibangkitkan, kekurangan bahan itu membebankan pihak sekolah kerana terpaksa berjimat cermat sehingga membebankan guru dan juga ibu bapa, apatah lagi bagi mereka yang kurang berkemampuan setelah peruntukan kertas untuk sekolah-sekolah dipotong,” katanya.
Ashraf berkata, kementerian perlu memandang serius dalam menyelesaikan isu berbangkit itu supaya ia tidak merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
“Andai terdapat sabotaj politik yang dilakukan pihak-pihak tertentu dan merencatkan perubahan yang giat dilakukan pihak Maszlee Malik sebagai menteri, biro pendidikan Pemuda PPBM sedia ke hadapan menghalang gerakkan itu,” katanya sambil memuji tindakan pantas kementerian menyelesaikan isu kekurangan guru Sains dan Matematik di Pulau Pinang baru-baru ini.
Sumber: Free Malaysia Today
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Guru takut cuti bersalin kerana tiada pengganti?
Sekianlah artikel Guru takut cuti bersalin kerana tiada pengganti? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru takut cuti bersalin kerana tiada pengganti? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/03/guru-takut-cuti-bersalin-kerana-tiada.html
Related Posts :
“Malas Nak Layan Spekulasi Netizen” - Diana Danielle
Segelintir netizen suka membuat spekulasi tanpa usul periksa. (Gambar: Z.Nadzri)
“Rumahtangga kami seperti biasa, bahagia dan masih tingga… Read More...
[Video] Belasah orang awam letak kereta depan rumah, Raja Salman arah tangkap Putera Saud
RAJA Arab Saudi, Raja Salman hari ini, mengarahkan seorang kerabat diraja negara itu ditahan selepas muncul rakaman video menunjukkan puter… Read More...
Pergi Giant, tengok muka brader penimbang sayur muka ketat. Ini yang wanita ini lakukan
Pergi Giant, tengok muka brader penimbang sayur muka ketat. Ini yang wanita ini lakukan
Seorang wanita bernama Adlil Rajiah menceritakan … Read More...
Tak sangka dapat RM14,000 dari wang tak dituntut, wanita ini tunjukkan cara untuk cek ada tak duit korang yang tak dituntut
Tak sangka dapat RM14,000 dari wang tak dituntut, wanita ini tunjukkan cara untuk cek ada tak duit korang yang tak dituntut
Sebelum ini p… Read More...
Bapaku si pilot curang: Gadis ini malu nak mengaku ada bapa macam ni, rumah tangga ibunya berusia 28 tahun musnah kerana janda yang sebaya dengannya
Isteri mana yang tak sedih apabila ikatan perkahwinan dibina selama 28 tahun hancur disebabkan si suami curang dengan perempuan lain di tem… Read More...