Anugerah Guru Adiwira PAK 21 milik Cikgu Nazmi

Anugerah Guru Adiwira PAK 21 milik Cikgu Nazmi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anugerah Guru Adiwira PAK 21 milik Cikgu Nazmi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anugerah Guru Adiwira PAK 21 milik Cikgu Nazmi
link : Anugerah Guru Adiwira PAK 21 milik Cikgu Nazmi

Baca juga


Anugerah Guru Adiwira PAK 21 milik Cikgu Nazmi

Cikgu Muhammad Nazmi bin Rosli, guru dari SK Long Sukang Lawas Sarawak telah dipilih sebagai Pemenang Guru Adiwira PAK 21 pada majlis Malam Anugerah Adiwira PAK 21 di Cyberjaya malam tadi. Beliau yang telah mengenepikan 9 calon akhir lain membawa pulang Wang tunai berjumlah RM2000, iPhone dan trofi.

Majlis gilang gemilang berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) YBhg. Dato’ Dr. Gazali Abas dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Datuk Dr. Amin Senin.

Dalam ucapan beliau, YB Dr. Maszlee merakamkan ucapan tahniah kepada sepuluh orang calon akhir Guru Adiwira PAK 21 yang telah disenarai pendekkan dari lebih 1000 penyertaan yang diterima pihak PADU selaku penganjur Anugerah Berprestij ini.
Pujian berkenaan diberikan kerana mereka telah berjaya menerapkan kemahiran kolaboratif, kreativiti, komunikasi, pemikiran kritis serta menerapkan nilai etika dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) PAK 21 kepada murid-murid.

“Saya berbangga dengan cikgu semua kerana berjaya dalam usaha memastikan murid-murid anda dapat didik melalui kemahiran-kemahiran ini”, tambah beliau.
Selain Cikgu Muhammad Nazmi, tempat kedua telah dimenangi oleh Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib SMK Jerlun, Kedah. Beliau telah membawa pulang wang tunai RM 1500, telefon Samsung dan trofi. Manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Cikgu Emira Nabila binti Ramli dari SMK Pasir Gudang, Johor. Beliau telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000, telefon Huawei dan trofi.

SUMBER: KPM
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Anugerah Guru Adiwira PAK 21 milik Cikgu Nazmi

Sekianlah artikel Anugerah Guru Adiwira PAK 21 milik Cikgu Nazmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anugerah Guru Adiwira PAK 21 milik Cikgu Nazmi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/anugerah-guru-adiwira-pak-21-milik.html

Subscribe to receive free email updates: