link : Anak Kembar Gaduh Guna Pisau, Zarina Zainuddin Terpaksa Panggil Polis
Anak Kembar Gaduh Guna Pisau, Zarina Zainuddin Terpaksa Panggil Polis
Pelakon Zarina Zainuddin diketahui orang ramai mempunyai anak kembar yang menghidap penyakit autisme.
Memang satu dugaan buat Zarina untuk membesarkan anak-anaknya yang mempuinyai autisme itu.
Menerusi satu rancangan bual bicara, Zarina telah tampil membuat pendedahan menceritakan dia terpaksa meleraikan pergaduhan antara dua anaknya, Azil dan Azal sehingga terpaksa panggil pihak polis.
Pergaduhan itu berlaku di rumah mereka dan kedua beradik itu bergaduh dengan menggunakan pisau tajam.
Selain itu anaknya bernama Azil juga pernah hilang di pusat beli belash sehingga mencetuskan suasana panik.
Ini pendedahan dari Zarina:
GADUH GUNA PISAU
"Pernah satu masa mereka (Azil dan Azal) bergaduh sampai bawa pisau naik bilik. Jadi, ketika itu saya terpaksa panggil pihak polis untuk meleraikan keadaan,"
HILANG BELI BAJU RAYA
"Kami sedang mencari baju raya ketika itu tiba-tiba Azil hilang. Cari punya cari sampai pusat beli-belah itu tutup rupa-rupanya dia berada di dalam bilik persalinan sambil membelek surat khabar. Mendengar suara saya barulah dia mahu buka pintu,"
Zarina Zainuddin memberitahu, dia mula menyedari anaknya mempunyai masalah Autisme ketika berumur tiga tahu.
Ketika itulah Zarina mengambil keputusan untuk menghentikan kerjaya lakonannya buat seketika demi memberi tumpuan kepada Azil dan Azal.
temubual ini dilakukan menerusi rancangan Inspirasi Taqwa bersiaran setiap hari Rabu, jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Anak Kembar Gaduh Guna Pisau, Zarina Zainuddin Terpaksa Panggil Polis
Anda sekarang membaca artikel Anak Kembar Gaduh Guna Pisau, Zarina Zainuddin Terpaksa Panggil Polis dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/anak-kembar-gaduh-guna-pisau-zarina.html