link : “Saya ada 24 adik beradik perlu ditanggung, saya tak boleh berhenti” – Patrice Evra dedah punca masih bermain dikala umur sudah 36 tahun
“Saya ada 24 adik beradik perlu ditanggung, saya tak boleh berhenti” – Patrice Evra dedah punca masih bermain dikala umur sudah 36 tahun
BEKAS pemain Manchester United, Patrice Evra tampil mendedahkan mengapa dia masih bermain pada usianya 36 tahun.
Menurut Evra yang kini menyertai kelab Marseille itu, dia masih mempunyai 24 orang adik beradik yang perlu ditanggung.
Evra menghabiskan masa selama lapan tahun di Manchester United, antara 2006 dan 2014.
Pemain skuad kebangsaan Perancis itu berada di Old Trafford pada Ahad lalu bagi perlawanan testimonial Michael Carrick.
Dia juga bertemu semula rakan-rakan lama yang digelar sebagai ‘Manchester United 2008 XI’ yang turut menyaksikan Carrick berkhidmat selama 11 tahun dengan kelab itu.
Carrick baru-baru ini menandatangani kontrak baharu untuk kekal di Old Trafford selama setahun lagi tetapi Evra berharap rakannya itu bermain lebih lama lagi.
“Saya harap dia akan bermain untuk banyak tahun lagi, terus bermain seperti saya.
“Saya masih bermain kerana masih mempunyai 24 beradik yang perlu ditanggung jadi saya tidak boleh berhenti,” katanya kepada ITV. – Mail Online
Sumber: MStar
Demikianlah Artikel “Saya ada 24 adik beradik perlu ditanggung, saya tak boleh berhenti” – Patrice Evra dedah punca masih bermain dikala umur sudah 36 tahun
Anda sekarang membaca artikel “Saya ada 24 adik beradik perlu ditanggung, saya tak boleh berhenti” – Patrice Evra dedah punca masih bermain dikala umur sudah 36 tahun dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/saya-ada-24-adik-beradik-perlu.html