link : Memenangi perang ideologi menentang militan adalah lebih utama - PM Najib
Memenangi perang ideologi menentang militan adalah lebih utama - PM Najib
PUTRAJAYA: Usaha memerangi militan Daish bukan hanya melibatkan aset ketenteraan dan penangkapan, kata Perdana Menteri.Sebaliknya Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan memenangi perang ideologi perlu menjadi keutamaan dalam memberi pemahaman Islam yang sebenar.
"Jika kita hendak memerangi ancaman ini (militan Daish) bukanlah dengan aset, bala tentera, polis dan kuasa-kuasa penangkapan sahaja.
"Sebaliknya lebih kepada memenangi perang ideologi. Untuk mereka memahami apa itu Islam sebenarnya," jelasnya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.Mengulas kejadian siri serangan yang berlaku di beberapa negara baru-baru ini, Najib menzahirkan rasa sedih terhadap kejadian yang berlaku.
"Kalau kita tengok apa yang berlaku di Kabul, Manchester, London, Marawi, Manila dan Jakarta amat menyedihkan.
"Ini ancaman yang sangat serius. Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku di negara kita," katanya.
Justeru, beliau mahu ajaran Islam yang sebenar sentiasa diterapkan sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara aman dan sejahtera.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Memenangi perang ideologi menentang militan adalah lebih utama - PM Najib
Anda sekarang membaca artikel Memenangi perang ideologi menentang militan adalah lebih utama - PM Najib dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/memenangi-perang-ideologi-menentang.html