link : Moto2: Hafizh tamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14
Moto2: Hafizh tamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14
PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, mengutip tambahan empat mata pada Ahad selepas menduduki tempat ke-12 di Litar Mugello, Itali.Hafizh menamatkan perlumbaan 16.310 saat dibelakang pemenang, Mattia Pasini, yang mencatat 39 minit 30.974 saat.
Meskipun gagal memperbaiki kedudukan ke-11 minggu lalu di GP Perancis, namun Hafizh -- daripada pasukan Petronas Raceline Malaysia -- tetap memastikan dia mengutip mata berharga selepas memulakan perlumbaan di petak ke-20.Hafizh kini menduduki tempat ke-14 dalam carta kejuaraan dengan 23 mata, tiga mata dibelakang Lorenzo Baldassari yang menghuni tempat ke-13.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara dalam saingan Moto2, Khairul Idham Pawi daripada pasukan Idemitsu Honda Team Asia, sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-26.
Terdahulu dalam saingan Moto3, Adam Norrodin, turut gagal mengutip sebarang mata selepas menduduki tempat ke-18.
Bagaimanapun, keputusan itu sedikit-sebanyak mengubat kekecewaan pelumba berusia 18 tahun itu selepas gagal memulakan perlumbaan di Litar Le Mans, Perancis minggu lalu.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Moto2: Hafizh tamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14
Anda sekarang membaca artikel Moto2: Hafizh tamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14 dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/moto2-hafizh-tamatkan-perlumbaan-di.html