link : Pasaran Minyak Susut
Pasaran Minyak Susut
SINGAPURA: Pasaran minyak susut hari ini, dengan Brent bergelut untuk kekal pada paras AS$50 setong, berikutan usaha Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengehadkan pasaran terjejas oleh peningkatan pengeluaran Amerika Syarikat (AS) yang berterusan.
Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat lebih AS$50 setong dalam dagangan awal, tetapi kembali susut kepada AS$49.94 pada 0040 GMT.
Niaga hadapan West Texas Intermediate AS (WTI) pada AS$47.69 setong, terjejas berikutan peningkatan berterusan dalam pengeluaran AS.
Meskipun usaha yang diketuai OPEC untuk membendung pengeluaran sehingga hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) mula memberi kesan kepada bekalan, tetapi menurut peniaga, kenaikan berterusan dalam pengeluaran AS melemahkan langkah itu.
Data perkapalan di Thomson Reuters Eikon menunjukkan, bekalan tangki untuk pelanggan di seluruh dunia berada pada 24.3 juta tong sehari pada Mei, susut daripada 24.8 juta bpd pada April dan berbanding purata 25.1 juta bpd pada lima bulan pertama tahun ini.
Purata penghantaran OPEC ialah 26.4 juta bpd pada tiga bulan terakhir 2016. Harga yang rendah disebabkan peniaga lebih berhati-hati dengan bekalan tinggi walaupun OPEC berusaha untuk mengurangkan bekalan.
Pengeluaran minyak mentah AS melonjak lebih 10 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.34 juta bpd. Reuters
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pasaran Minyak Susut
Sekianlah artikel Pasaran Minyak Susut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pasaran Minyak Susut dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/pasaran-minyak-susut.html