link : Tarian Polis Di Konsert Manchester Curi Tumpuan
Tarian Polis Di Konsert Manchester Curi Tumpuan
SEKUMPULAN bintang terkemuka dunia mengadakan persembahan di konsert One Love di Manchester pada Ahad malam, tetapi seorang anggota polis mencuri perhatian ramai.
Bobby dilihat menari sambil berpegangan tangan dengan beberapa anak muda semasa bintang pop, Justin Bieber menyanyikan lagu 'Sorry' di hadapan 60,000 penonton.
Selain Bieber, antara lain bintang lain yang mengadakan persembahan secara percuma di konsert itu adalah Ariana Grande, Katy Perry, Coldplay dan Niall Horan.
Konsert tersebut bertujuan untuk mengumpul dana kecemasan 'Kami Cintakan Manchester' sekurang-kurangnya £2 juta (RM11.02 juta).
Ramai pengguna laman sosial Twitter memuji tindakan pegawai polis itu.
Seorang pengguna Twitter berkata: "Anggota polis itu menari bersama anak-anak muda merupakan yang terbaik pada malam ini, menunjukkan semangat tulus buat Manchester".
Seorang lagi menambah: "Anggota polis itu berpimpin tangan bersama khalayak sebenarnya merupakan perkara terbaik, begitu sayang negara ini."
Malah ada yang berkata: "Jika anda melalui hari yang tidak begitu baik, tontonilah anggota polis ini menari bersama anak-anak muda semasa Konsert 'One Love' di Manchester." - Mail Online
Demikianlah Artikel Tarian Polis Di Konsert Manchester Curi Tumpuan
Sekianlah artikel Tarian Polis Di Konsert Manchester Curi Tumpuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tarian Polis Di Konsert Manchester Curi Tumpuan dengan alamat link http://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/tarian-polis-di-konsert-manchester-curi.html