Chegubard serah lagi lima dokumen penjualan tanah Ijok

Chegubard serah lagi lima dokumen penjualan tanah Ijok - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Chegubard serah lagi lima dokumen penjualan tanah Ijok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Chegubard serah lagi lima dokumen penjualan tanah Ijok
link : Chegubard serah lagi lima dokumen penjualan tanah Ijok

Baca juga


Chegubard serah lagi lima dokumen penjualan tanah Ijok

KOTA BHARU: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menyerahkan tambahan lima muka surat dokumen berhubung isu pampasan untuk peneroka tanah di Ijok, Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam, Esok (Isnin).

Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin, yang pernah menyerahkan dokumen 300 muka surat berkaitan kontroversi sama kepada SPRM pada September tahun lalu, menegaskan perkara itu dilakukan bagi membantu SPRM menyelesaikan kes terbabit segera.

Dakwanya, antara perkara yang terkandung dalam dokumen baharu itu adalah bukti penyelesaian luar mahkamah antara kerajaan Selangor dengan dua syarikat yang terbabit dalam kes berkenaan.

"Kita dapati berlaku penyelesaian luar mahkamah yang direkod dan didaftarkan oleh mahkamah antara Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dengan dua syarikat yang dikatakan kroni Umno.

"Menteri Besar memberi jalan penyelesaian dengan memberitahu bahawa terdapat syarikat membeli (tanah Ijok) dengan harga lebih mahal sehingga boleh memberi keuntungan lebih RM800 juta kepada dua syarikat terbabit, yang sebelum ini sudah mendera orang Melayu Ijok hampir 20 tahun.

"Dalam penyelesaian itu juga, kerajaan Selangor dikatakan mewajibkan syarikat pemaju dan pembeli berkaitan semua urusan tanah Ijok supaya melantik sebuah syarikat perundangan yang dipanggil Daim & Gamany yang mempunyai kaitan dengan seorang pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa," dakwanya.

SPRM buat masa ini masih mengkaji semua dokumen dirampas daripada lima syarikat bagi membantu kes penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor seluas kira-kira 880 hektar di mukim Ijok yang mencetuskan kontroversi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pada masa ini, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung isu penjualan tanah berkenaan.


Demikianlah Artikel Chegubard serah lagi lima dokumen penjualan tanah Ijok

Sekianlah artikel Chegubard serah lagi lima dokumen penjualan tanah Ijok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Chegubard serah lagi lima dokumen penjualan tanah Ijok dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/chegubard-serah-lagi-lima-dokumen.html

Subscribe to receive free email updates: