Dendam peribadi Mahathir terhadap Najib - Ismail Sabri

Dendam peribadi Mahathir terhadap Najib - Ismail Sabri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dendam peribadi Mahathir terhadap Najib - Ismail Sabri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dendam peribadi Mahathir terhadap Najib - Ismail Sabri
link : Dendam peribadi Mahathir terhadap Najib - Ismail Sabri

Baca juga


Dendam peribadi Mahathir terhadap Najib - Ismail Sabri

Ucapan panjang lebar Tun Mahathir Mohamad ketika pelancaran manifesto Pakatan Harapan minggu lalu amat menggambarkan apakah tujuan sebenar beliau kembali ke politik.
Sesiapa yang menonton ucapannya pasti sedar Pengerusi Pakatan dan calon Perdana Menteri pembangkang ini hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai manifesto. Besar kemungkinan Dr Mahathir sendiri tidak tahu apakah kandungan manifesto itu.
Pada ketika beliau sepatutnya memberitahu rakyat akan ‘kebaikan’ manifesto mereka, Mahathir membuat keputusan untuk menggunakannya bagi menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau menyebut nama Najib sekurang-kurangnya 80 kali dalam ucapannya, malah membuat tuduhan palsu kononnya Najib melakukan 62 kesalahan sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Bukanlah rahsia, sebagaimana dilakukan Pak Lah, Najib turut menolak pelbagai permintaan Dr Mahathir hingga mencetuskan kemarahan bapa bilionair itu.
Pelbagai gesaan dibuat Dr Mahathir, antaranya, tidak memansuhkan ISA dan ordinan darurat, jangan beri perhatian lebih kepada kaum Cina serta India sebelum PRU13, membatalkan gaji minimum dan BR1M, sebagaimana ditulisnya di media dan blog miliknya ‘Chedet’ pada Ogos 2014.
Terdapat juga permintaan peribadi dibuat oleh Mahathir yang tidak dipersetujui Najib seperti menyerahkan Malaysia Airlines kepada rakan bekas Perdana Menteri itu, lesen judi sukan rakannya dibenarkan beroperasi dan Proton diberikan geran percuma RM2 bilion selain jambatan bengkok menghubung Malaysia dan Singapura.
Malah, Mahathir secara terbuka menyebutnya pada 2010 bahawa beliau sendiri akan meluluskan lesen judi rakannya dengan segera jika beliau masih lagi Perdana Menteri dan ini dilaporkan dengan jelas di laporan Malaysiakini: Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa https://www.malaysiakini.com/news/135359
Mahathir juga berang apabila Najib tidak melobi untuk anaknya, Mukhriz bagi jawatan Naib Presiden Umno ketika pemilihan Umno sehingga tewas kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, kekalahan kali kedua buat Mukhriz dalam pemilihan Umno.
Tuduhan ini telah lama diperincikan melalui pelbagai laporan media dan tidak pernah dinafikan Dr Mahathir seperti laporan ini: https://www.asiasentinel.com/politics/mahathir-case-najib-detailed/
Bukan khabar angin lagi, bahawa Mahathir percaya Najib terhutang budi kepadanya dan sepatutnya melobi untuk Mukhriz kerana yakin beliaulah yang membantu Najib untuk menjadi Perdana Menteri maka ‘hutang budi’ itu perlu dibayar.
Malah, selepas Mukhriz tewas dengan hanya 9 undi pada 20 Oktober 2013, bukanlah secara kebetulan apabila Dr Mahathir memilih hari pertama mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebulan selepas itu iaitu pada 2 Disember 2013 untuk menyatakan hasrat meletak jawatan sebagai pengerusi Petronas berikutan nasihat doctor yang beliau sudah tua dan perlu lebih banyak berehat. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/12/02/mahathir-steps-down-as-petronas-adviser/
Adakah rakyat Malaysia akan percaya beliau terlalu tua pada usia 88 tahun bagi jawatan pengerusi Petronas pada 2013 tetapi masih muda dan bertenaga pada usia 93 untuk jawatan Perdana Menteri?
Sama seperti ‘kemarahan’ Mahathir terhadap Pak Lah dan turut dibantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, kemarahan terhadap Najib tiada kaitan dengan negara tetapi lebih cenderung kepada dendam peribadi.
Sama seperti apa dilakukan terhadap Najib, tiada siapa akan lupa pelbagai tuduhan Mahathir terhadap Pak Lah dengan pelbagai dakwaan rasuah dan salah laku.
Bagaimanapun, selepas Pak Lah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009, Mahathir berhenti menyerang dan kesemua tuduhannya langsung tidak disebutnya lagi.
Tindak tanduk Mahathir jelas meletakkan dendamnya melampaui negara adalah satu niat yang bahaya.
  
Saya yakin rakyat bijak untuk meletakkan masa depan Malaysia melangkaui dendam peribadi, tak kira siapa pun mereka.


Demikianlah Artikel Dendam peribadi Mahathir terhadap Najib - Ismail Sabri

Sekianlah artikel Dendam peribadi Mahathir terhadap Najib - Ismail Sabri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dendam peribadi Mahathir terhadap Najib - Ismail Sabri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/dendam-peribadi-mahathir-terhadap-najib.html

Subscribe to receive free email updates: