Isu Jalan Rosak, Pengguna Dakwa Pembaikan Ibarat Lepaskan Batuk Di Tangga

Isu Jalan Rosak, Pengguna Dakwa Pembaikan Ibarat Lepaskan Batuk Di Tangga - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Jalan Rosak, Pengguna Dakwa Pembaikan Ibarat Lepaskan Batuk Di Tangga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Jalan Rosak, Pengguna Dakwa Pembaikan Ibarat Lepaskan Batuk Di Tangga
link : Isu Jalan Rosak, Pengguna Dakwa Pembaikan Ibarat Lepaskan Batuk Di Tangga

Baca juga


Isu Jalan Rosak, Pengguna Dakwa Pembaikan Ibarat Lepaskan Batuk Di Tangga


BERA: Dalam tempoh 10 tahun, lima kemalangan maut direkodkan berlaku di sepanjang jalan menghala ke felda Triang 1 di sini dan jumlah berkenaan belum termasuk kemalangan membabitkan kecederaan parah atau kerosakan kenderaan pengguna.

Penduduk dan juga pengguna mendakwa, kerosakan jalan sepanjang 16 kilometer itu akibat mendap, beralun dan pecah sejak lebih 10 tahun lalu.

Keadaan itu semakin meruncing apabila lebih banyak kenderaan berat yang membawa bahan mentah melaluinya untuk ke lokasi projek pembangunan di kawasan berdekatan.


Seorang pengguna, Mohd Sayuti Zakari, 50 berkata, aduan pengguna memang didengari pihak bertanggungjawab namun tindakan membaikinya seperti melepaskan batuk di tangga.

Menurutnya, tidak dinafikan mereka menampal jalan yang rosak atau berlubang, tetapi ia hanya bersifat sementara malah kembali pecah apabila hujan atau dilalui kenderaan berat melebihi 40 tan.

“Pihak berkaitan selalu baiki jalan rosak, itu betul. Mereka tampal guna tar pada waktu pagi tapi lewat petang, jalan yang baru dibaiki itu pecah pula.

Mohd Ariffudin Ariffin, 27 memberitahu, isu ini sudah lama berlarutan yang bukan sahaja mengancam nyawa pengguna tetapi turut mengakibatkan kenderaan rosak.

“Kerosakan ini bukan sedikit, ia membabitkan kos besar untuk  dibaikpulih. Pengguna dah rugi bila kenderaan rosak, dan bertambah rugi bila kena bayar pula kos pembaikan.

Mohd Ariffudin turut mencadangkan pengguna kenderaan boleh menuntut ganti rugi dengan pihak berkaitan jika terdapat kerosakan kenderaan.

Sinar Harian turut mendapatkan penjelasan mengenai isu ini daripada Adun Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman.

Menurutnya, peruntukan bagi membaik pulih jalan menghala ke Felda Triang 1 telah pun diluluskan atas usaha Ahli Parlimen Bera yang mengemukakan permasalahan penduduk dan pengguna di sini kepada Perdana Menteri.

“Permohonan telah diluluskan, cuma sekarang menunggu proses seterusnya seperti mengenalpasti kontraktor yang akan melaksanakan projek naiktaraf itu. Saya harap, ia berjalan lancar untuk kepentingan penduduk dan pengguna,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Isu Jalan Rosak, Pengguna Dakwa Pembaikan Ibarat Lepaskan Batuk Di Tangga

Sekianlah artikel Isu Jalan Rosak, Pengguna Dakwa Pembaikan Ibarat Lepaskan Batuk Di Tangga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Jalan Rosak, Pengguna Dakwa Pembaikan Ibarat Lepaskan Batuk Di Tangga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/isu-jalan-rosak-pengguna-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates: