link : Gara-Gara Video "Challenge" Yang Di Sebar, "Panama Dance" Haram
Gara-Gara Video "Challenge" Yang Di Sebar, "Panama Dance" Haram
Selain itu tindakan berkongsi persembahan itu menerusi video di media sosial juga haram kerana menunjukkan susuk tubuh wanita yang sepatutnya hanya boleh dilihat oleh mahram mereka.
“Mungkin ada sesetengah itu hendak menggunakannya sebagai rujukan melakukan senam robik di dalam bilik mereka, bagaimanapun masih tidak menghalalkan kita untuk menyebarkan secara terbuka wanita menutup aurat berjoget sebegitu.
“Mereka yang hendak buat tarian itu janganlah dirakam, dimuat naik dan jangan dikongsi ke media sosial. Jangan biarkan bukan mahram melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa.
“Jaga maruah dan jaga aib anda sebagai seorang muslimah,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas isu Tarian Panama yang tular di laman sosial ketika ini.
Tarian Panama tersebut bukan sahaja dilakukan individu malah telah ‘berjangkit’ kepada agensi dan jabatan kerajaan serta syarikat swasta yang seolah-olah berlumba-lumba menunjukkan ‘kehebatan’ Tarian Panama masing-masing.
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menasihati orang ramai tidak mengajak dan terikut-ikut dengan trend tarian itu.
Katanya, orang ramai jangan bersikap terlalu liberal dalam sesuatu perkara dan hendaklah sentiasa mengikut sunnah Rasulullah SAW.
“Kita lihat mereka yang muat naik video itu, kapsyen mereka pastinya seperti mengajak mereka membuat tarian sama iaitu bercampur lelaki dan perempuan.
“Kalau kita buat benda haram, jangan mengajak orang lain buat benda yang sama. Biarlah buat trend yang sama-sama dapat pahala, Islam itu mudah tetapi jangan bermudah-mudahkan,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Gara-Gara Video "Challenge" Yang Di Sebar, "Panama Dance" Haram
Sekianlah artikel Gara-Gara Video "Challenge" Yang Di Sebar, "Panama Dance" Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gara-Gara Video "Challenge" Yang Di Sebar, "Panama Dance" Haram dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/gara-gara-video-challenge-yang-di-sebar.html