"Datuk Seri" Mati Lemas, Sampan Terbalik Di Pantai Sungai Ular, Kuantan

"Datuk Seri" Mati Lemas, Sampan Terbalik Di Pantai Sungai Ular, Kuantan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Datuk Seri" Mati Lemas, Sampan Terbalik Di Pantai Sungai Ular, Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Datuk Seri" Mati Lemas, Sampan Terbalik Di Pantai Sungai Ular, Kuantan
link : "Datuk Seri" Mati Lemas, Sampan Terbalik Di Pantai Sungai Ular, Kuantan

Baca juga


"Datuk Seri" Mati Lemas, Sampan Terbalik Di Pantai Sungai Ular, Kuantan


KUANTAN: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemukan lemas, manakala anak saudaranya terselamat selepas sampan dinaiki terbalik di pantai Sungai Ular di sini, malam Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng (JBPM) Syed A. Jamaluddin Syed Mohamed berkata mangsa dikenali sebagai Datuk Seri Seikh Muhamad Seikh Sadarudin, 60,  beralamat di Bandar Bukit Tinggi, Klang Selangor.

Manakala mangsa yang terselamat ialah Mohamad Huzaifah Ahmad, 38.

"Mangsa sebelum itu dilaporkan menaiki sampan untuk ke tengah laut sambil ditolak dari pantai oleh anak saudaranya untuk meninjau pekerja mereka yang berada di atas tongkang di tengah laut.

"Bagaimanapun ketika anak saudaranya hendak menaki bot berkenaan setelah menolak sampan hampir tiga kilometer dari pesisir pantai, ombak besar tiba-tiba memukul bot berkenaan menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam laut pada kedalaman lima meter," kata beliau.

"Mangsa cuba diselamatkan anak saudaranya, namun gagal disebabkan keadaan ombak besar pada ketinggian tiga meter," katanya ketika ditemui ditempat kejadian di sini malam Isnin.

Menurutnya selepas 15 minit sampan itu karam, mayat mangsa ditemui terapung oleh anak saudaranya tidak jauh dari tempat kejadian.

Anak saudaranya kemudian membawa mayat mangsa ke gigi air sebelum menghubungi bomba untuk bantuan kecemasan.

"Bomba menerima laporan pada pukul 9.53 malam, tiba di lokasi 10.02 malam dengan kekuatan 12 anggota  cuba memberikan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa, namun didapati telah meninggal dunia," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat. #sumber



Demikianlah Artikel "Datuk Seri" Mati Lemas, Sampan Terbalik Di Pantai Sungai Ular, Kuantan

Sekianlah artikel "Datuk Seri" Mati Lemas, Sampan Terbalik Di Pantai Sungai Ular, Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Datuk Seri" Mati Lemas, Sampan Terbalik Di Pantai Sungai Ular, Kuantan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/datuk-seri-mati-lemas-sampan-terbalik.html

Subscribe to receive free email updates: