link : Insiden Babi: Kalau Boleh Di Sertu, Kenapa "Ganti" Karpet RM34,000?
Insiden Babi: Kalau Boleh Di Sertu, Kenapa "Ganti" Karpet RM34,000?
PETALING JAYA: Insiden Masjid Jamek Sungai Plong yang dicerobohi seekor babi hutan pada Selasa malam lalu, telah diselesaikan dengan pembersihan dan proses sertu di kawasan masjid yang terjejas.
Karpet masjid di Sungai Buloh, Selangor itu pula digantikan dengan yang baharu membabitkan kos bernilai RM34,000, melalui sumbangan jemaah.
Namun tular di media sosial mengenai segelintir netizen yang menyifatkan karpet baharu itu sebagai satu pembaziran.
Menjawab kritikan berkenaan, Imam 1 masjid itu, Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin berkata, terdapat beberapa pilihan bagi mengatasi masalah susulan insiden itu dan ia dibincangkan pihak masjid bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Katanya, pilihan pertama adalah sertu pada karpet tetapi pihak masjid tidak mampu melakukan secara manual dengan tangan dan air, dan cara terbaik pembersihan menggunakan mesin.
Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya, atau terkena air liurnya.
Ini kerana katanya, haiwan tersebut memasuki ruang masjid dalam keadaan berdarah yang mengalir di bahagian leher dan mulut yang berlendir.
“Untuk sertu karpet secara manual memang boleh tapi membebankan pihak kami sebab kami tidak memiliki teknologi mesin tersebut.
“Ada syarikat yang tawarkan khidmat, namun bayarannya tidak kurang RM10,000 kerana kebanyakan ruang telah dicemari.
“Namun setelah mengadakan perbincangan yang panjang, kami memutuskan pilihan yang kedua iaitu menukarkan karpet baharu secara keseluruhannya kerana lebih mudah bagi kami,” katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebook Masjid Jamek Sungai Plong pada Jumaat.
Mengenai pilihan kedua, Ungku Ahmad Hazwan berkata, bahagian karpet yang terjejas akan dipotong dan dibuang dengan bantuan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), manakala baki yang masih elok disalurkan kepada institusi yang memerlukan.
Malahan katanya, tidak timbul isu pembaziran kerana terdapat beberapa pihak termasuk surau dan sekolah tahfiz berminat untuk menggunakan baki karpet tersebut.
Sehubungan itu, beliau berharap isu ‘pembaziran’ tidak dibangkitkan, termasuk mempertikaikan sumbangan individu yang sudi menghulurkan bantuan.
“Kami di masjid ini, sumber pendapatan cukup-cukup menampung kos operasi. Malah kadang-kadang kos operasi lebih tinggi dari pendapatan sebab kami masjid kampung saja.
“Kami memang mengharapkan sumbangan orang ramai dalam menguruskan kewangan kami,” kata Ungku Ahmad Hazwan sambil menambah bahawa penyumbang dana dan pembekal karpet turut hadir semasa perbincangan tersebut.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam Selasa lalu, seorang jemaah cedera disondol seekor babi hutan yang menceroboh ke dalam Masjid Jamek Sungai Plong.
Jemaah yang terkejut dengan kejadian itu kemudian cuba menghalau haiwan terbabit, namun ia ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah. #sumber
Demikianlah Artikel Insiden Babi: Kalau Boleh Di Sertu, Kenapa "Ganti" Karpet RM34,000?
Sekianlah artikel Insiden Babi: Kalau Boleh Di Sertu, Kenapa "Ganti" Karpet RM34,000? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Insiden Babi: Kalau Boleh Di Sertu, Kenapa "Ganti" Karpet RM34,000? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/insiden-babi-kalau-boleh-di-sertu.html