Michael Ang Serik Dikecam, Henti Aktiviti Di Insta Story

Michael Ang Serik Dikecam, Henti Aktiviti Di Insta Story - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Michael Ang Serik Dikecam, Henti Aktiviti Di Insta Story, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Michael Ang Serik Dikecam, Henti Aktiviti Di Insta Story
link : Michael Ang Serik Dikecam, Henti Aktiviti Di Insta Story

Baca juga


Michael Ang Serik Dikecam, Henti Aktiviti Di Insta Story

SELEPAS terheret dalam isu majlis pelancaran Naelofar Hijab yang diadakan di sebuah kelab malam, pengarah Michael Ang bertekad untuk berhenti daripada berkongsi aktiviti rakaman lintas langsung di Instagram.
Memetik BH Online, Michael menegaskan keputusan itu dibuat bagi meredakan keadaan selain enggan lagi terjerat dalam kontroversi hingga menyebabkan dirinya berterusan menjadi mangsa kecaman orang ramai.

“Saya terpaksa menghentikan seketika aktiviti IG Story, walaupun ramai peminat yang menyukainya.

“Bukan apa, saya takut tersalah cakap dan tidak mahu lagi ia menjadi isu. Membaca komen netizen yang keterlaluan, membuatkan saya takut.

“Mereka suka menghukum tanpa terlebih dulu memahami maksud sebenar yang cuba disampaikan,” tegas Michael.

Tambah Michael, meskipun terdapat segelintir netizen yang faham dengan cara percakapannya yang agak kasar namun beliau sedar bahawa masih ada juga pihak yang kurang senang dengan perilaku tersebut.

Pun begitu, Michael menjelaskan beliau sama sekali tidak terasa hati berhubung hal sebaliknya hanya menganggap ia sebagai pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan sama kelak.

“Isu ini banyak membuka mata saya. Peminat walaupun tidak suka perlakuan kita, mereka akan menegur dengan baik.

“Ia berbeza dengan mereka yang membenci apabila terus menghina dan menghukum sehingga saya terpaksa memadam komen yang keterlaluan.

“Bukan terasa hati, cuma saya tidak mahu orang lain terpengaruh dengan perlakuan negatif mereka itu,” tambah pengarah itu.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan diri, Micheal memberitahu selepas tamat penggambaran drama bersiri  Ti Amo Sweetheart 100 Hari, beliau bakal memulakan projek drama terbaru bertajuk Love Is You dibintangi Uqasha Senrose, Mira Filzah dan Fikry Ibrahim.

Terdahulu, Michael teruk ‘diheret’ dalam perdebatan netizen kerana berkongsi pendapat yang dianggap mempersenda Islam dengan menyatakan lokasi pilihan Neelofa itu boleh digunakan sebagai tempat penganjuran pelbagai acara termasuk majlis tahlil.

Ekoran kenyataan tersebut, Micheal diselar netizen kerana dilihat seolah-olah tiada sensitiviti apabila menyentuh soal agama.


Demikianlah Artikel Michael Ang Serik Dikecam, Henti Aktiviti Di Insta Story

Sekianlah artikel Michael Ang Serik Dikecam, Henti Aktiviti Di Insta Story kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Michael Ang Serik Dikecam, Henti Aktiviti Di Insta Story dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/michael-ang-serik-dikecam-henti.html

Subscribe to receive free email updates: